Alhamdulillah. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana melimpahkan rezeki kepada setiap hambanya yang berusaha. Kepada yang tidak berusaha, jangan bersedih kerana itu salah anda sendiri. Rezeki tidak datang bergolek tanpa usaha yang berpanjangan dan berterusan.

Saya mula terlibat dalam dunia IM ini adalah pada bulan Julai tahun 2012 dan hasilnya saya mula kelihatan pada bulan November tahun 2012 iaitu 4 bulan setelah saya terlibat dalam bisnes internet dengan website iLancee.com. Semasa saya menulis artikel ini, dah hampir setahun saya terlibat dalam dunia IM. Dengan nada serius, buat duit di internet bukan satu perkara mudah jika kita tiada ilmu dan mentor. Tapi ia jadi mudah jika anda ada ilmu dan mentor serta tahu teknik-teknik yang betul untuk menghasilkan duit melalui internet.

Hari ni saya hanya nak sharing income saya yang saya rasa paling lumayan dalam hidup saya. Saya berjaya menjana untung bersih RM763.06 dalam masa sehari sahaja. Income saya ni dari pelbagai sudut seperti affiliate dan juga saya buat servis dimana modalnya adalah RM0. Jadi, inilah untung bersih saya.

Bagaimana saya boleh hasilkan sebanyak ini dalam masa sehari? Jawapan saya adalah kerana blog. Blog masih lagi menjadi satu platform pemasaran yang hebat walaupun fanpage dan fbads telah mengambil alih kuasa. Sebenarnya, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Jika anda ada blog+fanpage ramai follower+pandai guna fbads saya rasa tidak mustahil untuk anda jana 4 angka sehari. Jadi, mengapa anda tidak guna ketiga-tiga kuasa ini? Binalah satu blog untuk menambah power pendapatan anda.

Di sini saya nak senaraikan kelebihan blog dan kenapa blog ni dapat hasilkan duit.

  • Orang lebih mempercayai kepada peniaga yang mempunyai blog. Kebanyakkan orang yang mempunyai blog adalah bukan scammer. Sebab itu orang lebih yakin dan percaya.
  • Promosikan produk orang lain iaitu dengan cara mereview produk tersebut di blog dan gunakan link affiliate anda. Jika terhasil jualan melalaui blog anda, anda akan dapat komisyennya.
  • Boleh tawarkan servis anda di blog anda sendiri. Seperti contoh blog FaizAlias.com, saya ada tawarkan servis di blog saya sendiri. Sila lihat pada menu e-servis dan tengok apa yang saya tawarkan. Kebanyakkan pelanggan saya datang dari blog saya sendiri. Bukanya mengharap pada facebook untuk dapatkan pelanggan.
  • Dengan blog kita nampak lebih professional dalam melakukan sesuatu kerja. Jadi ramai yang tidak teragak-agak untuk menggunakan servis dari kita.
  • Blog kita boleh kawal 100% seperti kehendak kita. Bukan seperti fanpage dimana kita terhad untuk mengawalnya
  • Dan banyak lagi kelebihan berblogging.

Kesimpulannya, jika anda seorang usahawan internet, mempunyai blog adalah satu kewajipan. Bukan sunat atau harus. Inilah sebenarnya senjata anda. Optimasikan perniagaan anda dengan BLOG dan Fanpage supaya jualan anda semakin meletup-letup.

#kepada yang ingin menempah blog buat duit automatik, boleh hubungi saya melalui borang hubungi di sini.

 

2,736 total views, 2 views today