Perniagaan yang saya rasa paling lumayan yang pernah saya buat adalah perniagaan t-shirt print dimana saya hanya cari pembekal, buat promosi dan dapat tempahan. Perniagaan ini bukanlah begitu sukar jika kita ada panduan yang betul.

Kenapa saya kata ia bisnes paling lumayan? Cuba bayangkan? Semasa perang di gaza tengah hangat pada pertengahan bulan November 2012 hari itu, saya ambil sedikit kesempatan untuk design baju gaza dan jual kepada rakan-rakan kolej. Sebenarnya ia turut dibantu oleh agen saya sendiri menyebabkan saya mendapat tempahan sebanyak 88 helai baju. Harga modal baju adalah RM12.30 sen sehelai. Tetapi kami jual ia sebanyak RM26.00 termasuk kos hantar. Jika nak diikutkan, harga baju tu tersangat murah dibandingkan dengan penjual yang lain dimana mereka menjual sehingga RM30 sehelai. Itu belum termasuk kos hantar.

Ok. Berbalik kepada untung tadi. Harga modal adalah RM12.30 dan harga jual adalah RM20. Jadi untung disitu kami dah dapat RM7.7 sehelai. Jika didarab dengan 88 helai akan menjadi RM677.6 . Itulah sebenarnya keuntungan yang dapat. Walaubagaimanapun, saya bukanlah ambil kesempatan 100% ke atas gaza untuk melariskan jualan t-Shirt saya. Setiap helai baju yang terjual, RM1 saya salurkan kepada tabung kebajikan Gaza. Setiap ringgit adalah nyawa mereka. Itulah serba sedikit yang sempat saya bantu mereka. Dalam saluran derma itu, saya berniat RM1 itu adalah client saya yang derma. Cuma saya mewakili mereka sahaja untuk disalurkan kepada tabung kebajikan Gaza.

Jika anda nak cuba buat bisnes T-Shirt boleh dapatkan panduan di Bisnestshirt.com. Ebook panduan ini ditulis oleh saudara HafiziZain iaitu sepupu saya juga. Beliau telah membuka mata saya dengan bisnes T-shirt ini. Terima kasih kepada beliau. Jom Sama-sama majukan diri.

 

3,369 total views, 4 views today