Syukur kepada Allah yang tidak terhingganya. Itulah ucapan yang mampu saya ucapkan buat ketika ini. Terus sujud syukur tanda terima kasih yang melampau. Bergenang air mata tanda Allah masih sayangkan diri ini dan menolong apa yang patut. Terima kasih kerana Allah memahami jiwa yang terseksa selama ini. Mesti anda tertanya-tanya kenapa dengan saya ni? Mesti ada sesuatu yang telah berlaku.

Alhamdulillah kerana pada 30/4/2013 yang lalu iaitu lima hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 saya telah menghadiri satu temuduga SPA di pusat kesihatan awan Kota Baharu sebagai latihan Penolong Pegawai Perubatan. Akhirnya, saya telah berjaya lulus dengan cemerlang dalam temuduga tersebut. Inilah keputusan yang saya dapat.

Kali ni saya nak share pula tip-tip dalam temuduga kerja kerajaan. Tapi sebelum anda teruskan pembacaan ini, saya nak anda baca dahulu pengalaman saya semasa di temuduga di sini. Baiklah, saya nak share tip-tip rahsia ni kerana saya ada kawan facebook saya bertanyakan bagaimana cara nak lulus temuduga kerajaan ni.

Antara tip-tip yang boleh saya kongsikan di sini tidak banyak. Jika anda mahukan lebih ilmu dalam lulus temuduga ini, anda boleh dapatkan panduan rahsia lulus kerja kerajaan di sini. Inilah antara tips yang boleh saya kongsikan.

  1. Anda mesti bersedia dari segi soalan yang bakal ditanya. Sebagai contoh saya fokuskan untuk latihan pegawai perubatan sahaja. Anda mesti tahu soalan-soalan yang bakal ditanya dan sebagainya. Caranya anda boleh search google atau bertanyakan kawan yang dah ada pengalaman dalam temuduga tersebut.
  2. Dari segi pakaian, anda mesti memakai baju kameja lengan panjang dan seluar slack hitam sahaja. Tetapi, anda mesti specifikan lagi cara pemakaian tersebut. Pilih warna baju kemeja yang sesuai untuk environment kerja yang anda minta. Contoh untuk latihan pegawai perubatan, warna baju yang sesuai adalah warna putih.
  3. Untuk apa jua temuduga sekali pun, jangan sesekali memakai baju yang terang-berderang seperti warna kuning dan sebagainya. Ini akan menyakitkan mata ahli panel temu duga tersebut.
  4. Tujuan temu duga adalah untuk ahli panel mengenal pasti bakal pekerja yang di ambil. Jadi, tunjukkan sikap yang mesra dan tunjukkan yang anda betul-betul minat dengan kerja tersebut. Tetapi jangan terlalu mesra sehingga bergelak ketawa. Nanti ia menjadi tidak formal.
  5. Jangan bersandar pada kerusi dan anda jangan bermain jari ketika di temuduga. Apa yang saya perhatikan semasa temuduga tersebut, ahli panel melihat pada jari saya untuk beberapa kali. Letakkan tangan anda di paha sahaja dan duduk dalam keadaan yang tegap tetapi sedikit membongkok.
  6. Mata jangan meliar sana sini untuk melihat ruangan bilik temuduga. Ahli panel mungkin berfikir anda seorang yang cepat gementar atau cepat berasa tidak selesa. Mata fokus pada ahli panel yang bertanya.
  7. Semasa nak duduk diatas kerusi, jangan sesekali tarik kerusi tersebut ke depan atau ke belakang. Duduk dengan tenang dan penuh tertib.
  8. Semasa pengakhiran sesi temuduga, anda WAJIB menayakan satu sahaja soalan. Ini akan menguatkan lagi pada fikiran mereka yang anda betul-betul minat dengan kerja tersebut. Tak tahu nak tanya soalan? Guna soalan ni untuk mana-mana temuduga sekalipun. “Boleh terangkan dengan lebih detail lagi apa yang perlu saya buat jika saya berjaya mendapat kerja ini?”
  9. Semasa hendak keluar dari bilik temuduga, pastikan anda bersalam dengan ahli panel yang sama jantina. Tidak perlu cium tangan.

Itu sahaja tips lulus temuduga kerja kerajaan yang mampu saya kongsikan. Jika nak tahu banyak rahsia lagi, anda boleh dapatkan panduan di bawah ini.

6,007 total views, 3 views today