Buat julung pertama kalinya, saya menghadiri seminar ebay yang di kendalikan oleh pakar ebay Malaysia, iaitu Tuan Noorizam Shah. Masa tu seminar tersebut diadakan di Hotel Fair Park Perak pada 18/11/2012.

Seminar ebay ini menekankan kaedah jualan dropship iaitu dengan menggunakan artsnow sebagai pembekal. Kaedah ini amat-amat sesuai untuk yang baru bermula dengan ebay  sebelum menjual produk fizikal yang lain.

Awas! Korang tidak digalakkan mencuba sendiri sebelum menghadiri seminar beliau.

Nak tahu berapa semua saya habis untuk hadiri seminar ini?

Seminar ini berharga RM350 dimana saya kira ia cukup-cukup murah jika nak dibandingkan dengan apa yang bakal saya dapat nanti. Lepastu harga tiket bas pergi balik dan makan minum semuanya saya habis lebih kurang dalam RM500.

Fuhh…. berani tak berani, saya sanggup habiskan sebanyak tu dalam masa 2 hari sahaja.

Semasa nak hadiri seminar ni banyak halangan dan dugaan terpaksa aku tempuhi seorang diri.

Baiklah, pada masa tu aku bertolak dari Kangar ke Ipoh pada pukul 3.30 petang dan mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk sampai ke destinasi.

Ketika sampai ke stesen bas Ipoh pada pukul 10 malam, aku kehilangan arah untuk mencari tempat bermalam kerana tersilap bawa peta walaupun dah sediakan peta. Nak pergi terus ke Hotel Fair Park terpaksa cari teksi dulu dan sudah tentu bayaran yang dikenakan sangat mahal.

Maklumlah teksi pada masa tu memang mahal. Ntah kenapa tiba-tiba ada seorang pemuda umur pertengahan ni ajak naik kereta dia untuk bawa ke destinasi yang nak dituju. Rupa-rupanya pemuda tu cari rezeki dengan kereta sapunya. So, apalagiaku pun naiklah asalkan bayaran murah.

Sampai sahaja kat Hotel Fair Park, sekali lagi aku kehilangan arah. Nak cari masjid tak jumpa. Nak tempah hotel duit tak cukup. Fikir punya fikir, jalan sana sini tiba-tiba nampak kedai mamak. Kalau tak silap nama kedai mamak tu Restoran Tasneem. Di situlah tempat aku bermalam dimana hanya beralaskan meja dan kerusi untuk tidur.

Aku tidur dari malam sampai ke pagi. Nasib baik mamak tu semuanya baik-baik. Pernah sorang mamak ni tanya kerja apa. AKu pun jawablah pelajar Unimap. Unimap pun diorang tak kenal 😀

Keesokkan subuhnya, aku mula mencari masjid untuk solat subuh. Mata terbeliak rupa-rupanya ada masjid besar dekat Hotel Fair Park tu. Taklah dekat sangat tapi lebih kurang dalam 500 meter sahaja. Rasa menyesal pulak tidur kedai mamak sebab banyak duit habis beli makanan nak cover supaya tak nak nampak macam menumpang nak tidur. Hehe… 🙂

Semasa balik pula, sekali lagi aku terpaksa tempuhi halangan yang hampir sama. Sampai di Kangar pada pukul 3 pagi dan hilang arah untuk balik ke asrama kerana pada masa tu harga teksi cekik darah. Nak tak nak terpaksa lah berjalan ke masjid dekat Sekolah Agama Perempuan Kangar untuk tidur. Jarak tu adalah dalam 2 kilometer.

Semasa dalam perjalanan tu terpaksa melalui lorong-lorong kedai yang sunyi dan seram. AKu bernasib baik kerana tiada apa-apa yang berlaku. Maklumlah kawasan Kangar tu macam pekan sikit. Bila malam ia memang sunyi.

Itulah serba sedikit kisah pahit manis saya untuk menghadiri seminar tersebut.

Bagi aku, nak berjaya itu tidak mudah dan terasa  sangat pahit. Tetapi bila berjaya ia terasa sangat manis.  Ebay akan menjadi pendapatan tetap saya suatu hari nanti. Betul ke? huhuhu