SEO adalah satu perkara teramat penting tetapi di pandangan ringan bagi pemilik-pemilik bisnes yang mempunyai website atau blog. Mungkin ramai yang tak tahu apa itu SEO serta kepentingannya. SEO adalah singkatan daripada Search Engine Optimization iaitu bagaimana kita nak mengoptimasikan website atau blog kita di carian enjin supaya website mudah di jumpai di carian enjin.

Pada 22/6/2013 yang lalu saya telah menghadiri seminar SEO di Diamond Square, Kuala Lumpur. Seminar SEO ini telah dianjurkan oleh pihak Majalah Niaga iaitu majalah online bisnes nombor satu di Malaysia dan penyampai utama  dalam seminar tersebut adalah Hasbul Aqill iaitu seorang pakar pemasaran SEO. Untuk pengetahuan, beliau juga adalah CEO untuk Majalah Niaga.

Dalam seminar tersebut, pelbagai tentang pemasaran SEO yang telah saya pelajari seperti bagaimana nak mencari keywords yang berkesan, tools yang berkesan untuk mencari keywords, bagaimana nak masukkan kata kunci ke dalam website atau blog dan banyak lagi. Alhamdulillah dengan penyampaiannya yang cukup santai dan bersahaja, mudah untuk saya ikut satu persatu apa yang telah di pelajari. Baru saya tahu nak buat SEO ni bukan la benda yang susah pun jika kita tahu caranya.

Saya sarankan kepada anda semua jika ingin menambah ilmu tentang pemasaran SEO, cubalah hadiri seminar SEO bersama Majalah Niaga kerana dah banyak bukti serta keberkesanan bagi mereka yang telah menghadiri seminar ini. Pada sesi terakhir, pihak mereka sempat lagi menjemput seorang peserta seminar SEO yang lepas untuk memberikan testimoni secara live bagaimana dengan pemasaran SEO beliau mampu menjana RM20 ribu setiap bulan.

Di dalam seminar tersebut beliau ada memberitahu kenapa pemasaran SEO lebih berkesan daripada pemasaran di facebook. Dengan SEO, website kita akan lebih mudah dijumpai melalui enjin carian terutamanya google. Bayangkan keadaan seperti berikut. Ada seseorang yang nak menghilangkan jerawat di muka beliau lalu beliau menaip di google dengan kata kunci “ubat hilang jerawat”. Lalu website anda terus berada di page pertama di antara sepuluh website yang tersenarai. Jika anda buat website dengan cara yang betul, beliau akan terus beli tanpa banyak soal.

Manakala di facebook pula, anda buat iklan dimana tidak semua yang mahukan apa yang anda iklankan tersebut. Kadang-kadang mereka mungkin serabut dengan apa yang anda iklankan. Selain itu, kebanyakkan pelanggan melalui facebook lebih banyak bertanya kerana terdapat fungsi komen dan mesej secara percuma. Selain hilang fokus membeli, prospek juga mungkin tidak jadi membeli. Selain itu juga, jika iklankan sesuatu dengan menaip status di facebook, lama kelamaan status tersebut  akan tenggelam. Sebagai contoh anda update status hari ini, mungkin esok lusa orang sudah tidak membacanya lagi. Amat jauh berbeza dengan website atau blog di mana posting dua tiga tahun lepas masih lagi ada orang yang membacanya.

Secara ringkasnya, pemasaran SEO adalah di mana pelanggan yang mencari anda manakala pemasaran di facebook anda yang mencari pelanggan. Biasanya pelanggan mencari anda lebih berkesan kuasa membelinya.