Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah sekian lama saya ingin memiliki blog dot com sendiri, akhirnya impian saya tercapai. Dan ini adalah artikel pertama di dalam blog ini.

Blog ini telah ditubuhkan pada 20/1/2013. Saya inginĀ mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi melawat blog saya ini walaupun anda mungkin tidak pernah mengenali saya.

Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk saya berkongsi tips-tips tentang perniagaan, review makanan, travel dan serba sedikit mengenai kisah hidup saya yang boleh dijadikan pelajaran untuk kita semua.

Modal untuk buat blog ini adalah dari hasil perniagaan saya sendiri. Bajet buat blog ni bukannya mahal sangat pun. Bajet yang saya habis untuk hasilkan blog ini lebih kurang RM200 termasuk tema wordpress, hosting dan domain.

Saya nasihatkan, jika anda ingin membeli domain dan hosting belilah dari NetKL.com kerana support diorang memang mantap dan padat. Setiap pertanyaan saya, diorang jawab dengan sangat pantas dan mesra.

Sesiapa nak dapatkan nasihat percuma cara-cara membeli domain dan hosting ni, boleh hubungi saya kerana saya ada sedikit pengalaman membeli domain dan hosting ini untuk berkongsi dengan anda agar anda tidak rugi banyak.

Oleh itu, dengan tertubuhnya blog ini agar dapat dapat memberikan info-info yang bermanfaat untuk anda semua dan jadikan rujukan kemudian hari.

Pengalaman itu Satu Ilmu Yang Tidak Ternilai

Artikel yang di tulis adalah hasil tulisan saya sendiri melainkan jika saya copy and paste dari sesuatu sumber saya akan kreditkan kepada sumber tersebut. Jika saya tidak kreditkan kepada sesuatu sumber di akhir artikel bermakna artikel itu 100% hasil tulisan tangan saya.

Oleh itu, jika anda ingin share artikel yang menarik dalam blog ini kepada kawan anda, anda boleh gunakan butang share yang telah disediakan. Jika anda ingin copy and paste, anda hendaklah tulis sumbernya iaitu dari Faizalias.com. “Sharing is caring

Salam kejayaan.