Sepanjang tempoh 3 hari bermula 1/3/3013 sehingga 3/3/2013, Unimap telah mengadakan Program Gerak Usahawan di samping untuk merasmikan pembukaan Kampus tetap di Pauh oleh Perdana Menteri Malaysia kita.

Program Gerak Usahawan ini telah mewajibkan semua pelajar tahun satu dari school business untuk menjual sebagai assingment mereka. Saya bersyukur kerana sepanjang tempoh tiga hari tersebut, semua barang kami habis terjual walaupun terpaksa menjaja muka untuk habiskan roti pada hari pertama. Memang berasa sangat malu kerana kami terpaksa tanya seorang demi seorang supaya membeli roti kami.

Pelbagai pengalaman yang dapat saya timba untuk jika mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dari jauh saya perhatikan seorang demi seorang kawan saya bagaimana mereka menjual. Ada yang menjual ala-ala pasar malam dengan “menjerit” supaya dapat menarik perhatian orang ramai dengan harapan barang mereka terjual. Ternyata saya tidak berbakat untuk buat seperti itu kerana saya sedikit pemalu orangnya untuk “menjerit” supaya orang membeli barang.

Pada masa yang saya, saya ambil kesempatan ini untuk menjenamakan diri saya dan memperkenalkan diri saya kepada masyarakat di Perlis dengan meletakkan nama saya, syarikat saya, no.telefon saya, website saya dan alamat di plastik pembukusan kacang/kerepek yang saya jual. Alhamdulillah, lebih seratus bungkus kacang/kerepek dapat dijual dalam masa 2 hari. Bermakna seratus lebihlah saya menyebarkan maklumat saya pada penduduk di Perlis. Harapan saya, agar ada segelintir dari mereka perasan akan kehadiran nama saya di plastik tersebut.

Sepanjang tiga hari ini memang sesuatu perkara yang menyeronokkan bagi saya kerana jual-menjual memang perkara yang saya minati sejak dari kecil lagi. Perniagaan bagi saya seperti sahabat yang baik. Selagi nyawa dikandung badan, saya tidak akan berhenti dari terus menjual. Saya akan menjual apa-apa sahaja kepada orang ramai selagi mana barang atau produk tersebut boleh diguna pakai. Di sekeliling saya adalah bisnes. Atas, bawah, tepi, kiri, kanan semuanya bisnes bagi saya. Tapi kenapa tidak ramai orang ambil peluang ini?

1,498 total views, 2 views today