Alhamdulillah…

Tanggal 4/Jun/2016, maka berakhirlah aku sebagai seorang pelajar Penolong Pegawai Perubatan di kolej Seremban selama tiga tahun.

Bagi aku, banyak pengalaman dan pembelajaran yang aku perolehi di sini selain daripada belajar hal-hal mengenai perubatan. Antaranya, aku juga belajar mengenai hal-hal persahabatan dan juga cara hidup di tempat orang.

Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga-tenaga pengajar di sana, Sir Arman Shah, Sir Murdin Amit selaku penyelaras kumpulan 83, Puan Indra selaku mentee yang banyak membantu dalam menyiapkan HSR dan beberapa tenaga pengajar yang lain.

Secara tidak langsung juga, terbinalah lima persahabatan yang sanggup susah senang bersama, makan bersama, bilik bersama dan pergi melancong bersama.

Asalnya, sepanjang aku berada di sini, aku ingat nak buat diari dalam blog ini. Tetapi kengkagan masa yang sangat hebat dengan kesibukkan praktikal, aku tidak terupdate kisah-kisah aku sepanjang belajar di sini.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kerana sanggup berkawan dengan aku.

Hahha..

Walapun ramai yang kata aku ni macam katak bawah tempurung, tidak bergaul di dunia luar, ketahuilah bahawa aku sebenar sibuk nak uruskan website-website dan juga blog aku. Korang yang tak pernah ada blog dan website sendiri takkan faham bagaimana sibukkannya nak uruskan.

InsyaAllah, jika tiada halangan, aku bakal dilantik sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan. Bukan doktor ya. Cuma pembantu doktor je. Kalau korang perasan, yang duk bahagian depan triage kat kecemasan, itulah PPP bukanya doktor.

Nak cerita pasal PPP ni, nanti aku buka next topik.

Sebelum dilantik dalam jawatan kerajaan, kami perlu hadiri PTM dahulu iaitu program transformasi minda di mana dalam program ni banyak diterapkan dengan hal-hal kerajaan.

Dan aku telah ber PTM di Kolej Kejururawatan Kuala Pilah digabung dengan tiga buah kolej iaitu Kolej Pembantu Perubatan Seremban, Kolej Kejururawatan Kuala Pilah dan juga Kolej Teknologi Makmal Perubatan, Kuala Lumpur.

Group aku semasa Program Transformasi Minda.

Ok. Itu saja. Aku sebenar tak ada nak cerita banyak sangat. Cukuplah sekadar ini saja. Kepada adik-adik yang bakal menjadi pelatih Penolong Pegawai Perubatan tu, jangan buat rajin-rajin sangat masa praktikal. Inilah masa nak rehat-rehat sikit sebelum bekerja.

Hahaha…

Apa-apa pun gud luck kepada semua. Semoga semuanya berjaya di dunia dan di akhirat.

Ya! Ini mungkin perjalanan terakhir bagi seorang pelatih dan student, tetapi perjalanan sebenar tidak akan pernah berakhir.

3,851 total views, 1 views today