Ramai newbie di luar sana ingin berjinak-jinak dengan perniagaan internet. Tetapi mereka tiada produk sendiri untuk dijual. Saranan saya, anda boleh jual produk yang ada lesen hak jual semula. Antara ebook lesen hak jual semula yang popular di jual melalui internet adalah 54 ebook PLR yang berbahasa melayu. Dengan membeli ebook ini, anda boleh mula menjana wang online pertama anda. Antara platform yang popular untuk menjual ebook ini pula adalah platform iLancee.com.

Anda mesti tahu maksud dan istilah jenis-jenis lesen hak jual semula. Terdapat 3 jenis lesen hak jual semula iaitu MRR, PLR dan RR. Jika anda tersalah guna lesen ini, anda mungkin boleh di dakwa atas kesalahan-kesalahan tertentu. Jadi, jangan ambil ringan tentang hal ini. Untuk tidak melengahkan masa, lihat perbezaan tersebut di bawah.

Master Resell Right(MRR)

  • Untung anda simpan 100% apabila ada orang membeli dari anda
  • Tidak boleh mengubah nama produk
  • Tidak boleh mengubah nama pemilik
  • Boleh menjual lesen RR(Resell Right) kepada pelanggan anda
  • Tidak boleh mengubah design ecover dan laman web

Private License Right(PLR)

  • Untung anda simpan 100% apabila ada orang membeli dari anda
  • Anda boleh ubahsuai produk. Tetapi mungkin ada syarat daripada pemilik asal
  • Tidak boleh diberikan percuma
  • Boleh menjual lesen RR(Resell Right) dan Master Resell Right(MRR) kepada pelanggan anda

Resell Right(RR)

  • Untung anda simpan 100% apabila ada orang membeli dari anda
  • Anda tidak dibenarkan menukar nama produk
  • Tidak dibenarkan mengaku produk tesebut milik kita
  • Tidak boleh ubah design ecover banner dan sebagainya
  • Anda hanya jual BALIK sahaja produk tersebut 100%
  • Tidak dibenarkan memberi lesen PLR dan MRR kepada pelanggan

Itulah secara ringkasnya perbezaan lesen-lesen hak jualan semula. Jika anda ingin mengetahui info yang penuh, anda boleh google lagi di internet ini kerana banyak lagi yang menceritakan tentang penggunaan lesen hak jualan semula ini. Bagi saya, saya lebih suka lesen hak jualan semula PLR kerana saya boleh ubah isi kandungan untuk menjadi lebih menarik dengan ayat-ayat saya sendiri.

Alhamdulillah. Transaksi saya menjual ebook yang disertakan lesen PLR ini menghampiri nilai ribu. Jika anda belum dapatkan ebook yang disertakan lesen hak jualan semula PLR, anda boleh dapatkan di FaizAlias.com.

1,314 total views, 3 views today