Bila sebut pasal cupcake, secara majoritinya orang akan rasa tergiur kan? Terutama semasa lapar. Ye la. Cupcake ni sedap, manis dan gebu jika si pembuat tu buat dengan kena caranya. Saya pun minat cupcake. Semua jenis perisa saya minat sebab cupcake ni adalah salah satu makanan kegemaran saya. Tapi bergantung pada si pembuatnya juga.

Saya dah mula nampak. Bagi mereka otak bisnes, mereka sudah menunjukkan otak bisnes mereka dengan melihat dengan lebih jauh lagi. Cupcake ni bukan saja boleh dimakan, tetapi ia juga mampu menambahkan pendapatan anda yang lumayan jika anda tahu caranya. Bagaimana caranya?

Jika anda perhatikan. Permintaan cupcake ini sangat meluas di negara Malaysia kerana hampir semua golongan meminati makanan ini. Jadi, market dan target anda telah ada. Anda cuma perlu berusaha sikit sahaja untuk belajar dan hasilkan cupcake ini dengan lebih sedap. Untuk permulaan, anda mungkin boleh tinggal cupcake anda di kedai-kedai runcit yang kecil dahulu. Apabila dah terasa maju sikit, buat deal dengan pasar raya besar untuk tinggalkan cupcake anda di pasar raya tersebut.

Saya syorkan bisnes ini kepada 2 golongan sahaja iaitu:

  • Pelajar Mahasiswa/Mahasiswi
  • Surirumah

Kenapa 2 golongan ini?

Untuk pelajar samaada mahasiswa dan mahasiswi, ini juga adalah satu peluang bisnes yang perlu anda pandang serius. Saya tahu. Rata-rata pelajar di universiti tidak mempunyai wang yang mencukupi. Jadi inilah peluang terbaik untuk anda nak cari duit poket sampingan.

Kebanyakkan pelajar di universiti, mereka akan duduk di rumah sewa masing-masing. Jadi ia tentu tiada halangan jika anda nak buat cupcake ini dari rumah sewa anda. Bahan-bahan yang diperlukan pun saya rasa tidak terlalu banyak. Yang mungkin paling mahal sikit harganya adalah untuk mendapatkan sebuah oven.

Jadinya, selain mereka dapat menambah duit poket dengan buat bisnes cupcake ini, mereka juga dapat belajar berdikari sendiri untuk mencari sesudu rezeki. Jangan susahkan mak ayah. Anak yang baik takkan susahkan mak ayah mereka dengan selalu meminta wang walaupun kita masih lagi mereka tanggung. Kenapa tak mahu berusaha sendiri?

Untuk surirumah pula, inilah masanya anda untuk membantu suami anda dalam mencari duit sara hidup. Salah satu golongan wanita yang saya respect adalah wanita menjadi surirumah sambil buat bisnes dari rumah sahaja.

Jadi, ambil kesempatan ini untuk menambah pendapatan anda. Jika mahu buat bisnes cupcake, tuntutlah ilmu terlebih dahulu.

Dapatkan Sekarang >>>> Panduan Bisnes Cupcake Dari Rumah

1,436 total views, 4 views today