Mengapa saya menulis blog dan mengapa saya mulai jatuh cinta dengan menulis blog?

Sebenarnya, blog adalah salah satu lambang seriusnya saya dalam bisnes online. Blog saya ini ibarat rumah kedua saya untuk memayungi perniagaan saya. ย Tanpa mempunyai blog dan menulis blog, saya ibaratkan bisnes saya tiada tempat untuk berlindung.

Jadi, mampukah saya bertahan dengan bisnes saya tanpa adanya blog?

Ilham untuk mendapatkan blog berbayar ini sebenarnya saya tiru daripada sepupu saya sendiri iaitu saudara HafiziZain di mana saya tertarik dengan cerita-cerita bisnes beliau yang di tulis dalam blog.

Bagi saya cerita-cerita bisnes yang di tulis dalam blognya bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai dan salah satu yang telah mendapat inspirasi tersebut adalah saya sendiri.

Dengan menulis blog, kita sebenarnya mendapat pelbagai manfaat dan faedah. Kenapa saya katakan begitu? Selain kita menulis untuk berkongsi ilmu, kita juga boleh menjana pendapatan sampingan seperti dengan menyertai program affiliate dan sebagainya. Berkongsi ilmu dah dapat pahala tambahan pula dapat duit sampingan. Inilah kelebihan blog. Bagi sesiapa yang tidak percaya blog ini boleh mendatangkan duit dan wang kepada anda, anda boleh sertai group saya di sini.

Dalam group saya tersebut, saya pernah memberikan satu kata-kata ilmiah kepada ahli-ahli group saya di mana, jika kita mahu menulis blog kita mesti utamakan content blog. Content blog tersebut mestilah unik dan bermanfaat. Bukannya utamakan SEO dahulu. SEO adalah yang kedua terpenting dalam blog. Sebagai contoh, target blog saya ini saya mahukan apabila seseorang memasuki blog ini, saya mahu dia kembali lagi pada masa akan datang. Jika anda utamakan SEO dahulu daripada content blog, anda mungkin akan dapat ramai pelawat tetapi mungkin mereka tidak lagi kembali pada masa akan datang.

Hidup ini adalah untuk memberi. Jadi, saya rasa amat berpuas hati apabila ada pelawat yang membaca artikel saya dan mereka mendapat sesuatu ilmu. Walaupun tidak banyak, sikit pun dah kira ok. Target saya, apabila ada pelawat yang memasuki blog saya, mereka akan mendapat manfaat dan saya pun akan dapat manfaat dari kehadiran mereka. Situasi kenalah win-win barulah mereka akan datang lagi kembali pada masa akan datang dan anda nak menulis pun tidak berasa jemu.

2,158 total views, 3 views today