Langkah-Langkah Buat Ebook Dan Jual | Hampir setiap hari saya akan mendapat email “Tahniah Ahmad Faiz!” membawa maksud ebook yang saya jual secara online telah dibeli oleh seseorang.

Itulah email yang selalu saya dapat dengan hanya menjual ebook buatduitblog.com.

Apa itu ebook buatduitblog.com?

Ebook buatduitblog.com ini adalah sebuah ebook panduan buat duit dengan blog. Dalam panduan ini anda akan diajar step by step bagaimana anda boleh jana pendapatan hanya dengan blog. Selain itu juga anda akan diajar secara ringkas bagaimana untuk mula membina blog dengan WordPress.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang buat duit dengan blog, anda boleh dapatkan panduan tersebut.

Apa yang saya ingin ceritakan di sini adalah, saya hanya sekali sahaja buat ebook dan saya dapat nikmati hasilnya sehingga hari ini.

Inilah dinamakan pendapatan pasif. Buat duit dengan ebook begitu mudah jika anda kena dengan caranya. Salah satunya adalah dengan menuntut ilmu terlebih dahulu tentang bisnes ebook.

Baiklah, tujuan post saya kali ini bukanlah nak mempoyokan diri dan menunjuk-nunjuk hasil pendapatan saya. Jika anda ambil dari sudut positif, sebenarnya perkara ini memberikan semangat kepada anda untuk menjana pendapatan dengan internet lebih dari apa yang saya dapat.

Baiklah, perkara utama yang saya nak bincangkan kali ini adalah bagaimana anda nak hasilkan pendapatan pasif dengan jual ebook seperti yang saya buat ini step by step.

Langkah #1: Kaji Pasaran

Anda hendaklah mengkaji dahulu niche permintaan yang selalu diminta oleh orang ramai di pasaran. Cara nak mengkaji permintaan adalah, anda boleh post dan bertanyakan sesuatu di forum atau facebook. Terdapat banyak forum-forum di Malaysia ini. Antara forum yang paling popular adalah forum WangCyber.com. Anda boleh buat kajian disana.

Mengikut pemerhatian saya, antara niche yang paling banyak di minta oleh orang ramai adalah niche buat duit di internet. Selebihnya adalah seperti niche kesihatan, masakan, pendidikan, cinta, kekeluargaan dan sebagainya.

Sebenarnya kata kunci utama disini adalah, Penyelesaian Masalah. Anda buat satu ebook bagaimana nak selesaikan masalah orang tersebut.

Langkah #2: Mula Menulis Ebook

Apabila anda dah dapat niche yang permintaan tinggi, buat rancangan untuk menulis ebook. Kepada yang belum kenal ebook itu, disini saya terangkan sikit. Ebook adalah singkatan daripada elektronik book.

Ebook ini adalah produk jenis digital dimana apabila anda beli, anda hanya perlu download file yang dibeli melalui email atau apa-apa sahaja melalui media online. Kebiasaanya format ebook adalah dalam format PDF dan jarang sekali ada ebook dalam format exe dan web.

Saya nasihatkan jika anda nak tulis ebook, tulislah di Microsoft Words 2010ย dan keatas dimana ia dapat tukar kepada format PDF dengan pantas apabila anda anda ingin menyimpanya apabila dah siap.

Langkah #3: Platform Jualan Berkesan

Apabila anda dah siapakan ebook anda dan sudah simpan dalam bentuk PDF, anda sebenarnya dah boleh menjualnya.

Tetapi bagaimana nak menjual?

Cara untuk menjual ebook paling berkesan disini adalah anda hendaklah mendapatkan sebuah minisite. Saya cadangkan, jika anda ingin dapatkan sebuah minisite upahlah dari pakarย servis bina minisite.

Jadi, anda tidak perlu untuk memeningkan kepala anda sendiri nak buat minisite yang boleh menjual.

Langkah #4: Prelaunch

Sebelum anda benar-benar sedia untuk menjual, anda hendaklah membuat prelaunch dulu. Prelaunch ini adalah dimana fasa untuk anda kutip testimoni dan berikan ebook kepada beberapa orang sahaja untuk direview dan testimoni.

Testimoni adalah sangat penting kerana kepercayaan bakal pelanggan anda itu lebih tinggi. Bila dah cukup testimoni, barulah anda mula start menjualnya kepada orang ramai dan mula lakukan startegi besar-besaran untuk dapatkan hasil yang lebih.

Langkah #5: Strategi Pemasaran

Jantung perniagaan adalah pemasaran. Tanpa pemasaran berkesan, bisnes anda mungkin jatuh kerana tiada siapa kenali perniagaan atau produk apa yang anda jual. Bila tiada siapa kenali perniagaan anda, maka pelanggan pun tiada.

Salah satu pemasaran yang saya suka lakukan adalah teknik pemasaran pinjaman atau lebih dikenali sebagai affiliate. Anda rekruit agen affiliate untuk mempromosikan produk ia satu kelebihan untuk anda. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mempromosikan ebook anda. Anda hanya tunggu jualan masuk dan berikan komisyen kepada agen affiliate anda.

Mudahkan?

Teknik pemasaran kedua adalah dengan anda mengumpulkan email list.

Bagaimana nak mengumpul email list?

Caranya anda hendaklah mendapatkan satu email autoresponder. Kepada newbie, saya sarankan anda dapatkan email autoresponder dari Emelmatikย kerana ia sekali bayar sahaja seumur hidup dan ia setaraf dengan email yang selalu otai-otai internet guna seperti AWeber.

Walaupun sekarang dah ramai usahawan guna fanpage dan SMS sebagai pemasaran berkesan, tetapi pemasaran email juga masih lagi berbisa. Jadi, jangan lupa untuk kutip email list. Ingat, pepatah Inggeris ada berkata, “Money is In The List”.

Itulah tips-tips yang dapat saya kongsikan bagaimana langkah-langkah untuk jana pendapatan melalui ebook dengan berkesan. Kepada anda yang tidak sempat untuk menulis ebook, anda sebenarnya juga boleh membeli ebook PLR yang dijual oleh otai-otai internet dan jual balik.

Seterusnya ikut cara-cara di atas.

Jika anda ingin jalan pintas untuk belajar, boleh dapatkan Panduan Lengkap Buat Ebook dan Jual.