Alhamdulillah syukur tak terkata apabila saya menerima komisyen pertama dari Clickbank setelah lama berhempas pulas. Walaupun sikit saya tidak kisah yang penting kejayaan yang pertama biasanya akan membawa kejayaan yang seterusnya kepada saya.

Kepada yang masih belum kenal apa itu clickbank disini saya nak terangkan sikit. Clickbank adalah larget marketplace untuk produk digital seperti software dan ebook. Di sini anda boleh menjadi vendor iaitu sebagai penjual atau affiliate iaitu sebagai ejen jualan produk. Apa yang saya buat disini adalah saya menjadi ejen jualan dalam clickbank. Saya hanya perlu buat promosi dan promosi sehingga jualan terhasil. Jika jualan terhasil, maka saya pun saya akan dapat komisyen seperti di atas.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana cara nak hasilkan duit melalui clickbank ini? Sebenarnya sudah ada panduan yang dihasilkan oleh seorang individu. Tetapi mungkin anda belum menyedari lagi akan kehadiran panduan ini. Sebelum saya menunjukkan kepada anda panduan mana yang saya gunakan, disini saya nak kisahkan sesuatu.

Anda nak mulakan perniagaan internet memamg betul tidak perlukan modal untuk beli stok, buat website atau kedai online. Tetapi anda wajib memerlukan modal ilmu terlebih dahulu. Tanpa modal ilmu anda tidak mungkin akan berjaya. Jika anda terbaca artikel saya yang lepas di dalam blog ini, saya ada ceritakan betapa pentingnya modal ilmu dalam bisnes online.

Kata guru bisnes saya, nak dapatkan RM100 kena keluarkan RM10 dan nak dapatkan RM1,000,000 mesti keluarkan RM100,000. Itulah perumpamaan. Saya memang cukup pantang orang yang nak buat bisnes online tetapi nak ilmu percuma dari orang yang dah berjaya. Nak ilmu boleh beli dari mereka samaada dalam bentuk personal coaching atau dalam bentuk ebook yang mereka buat. Bukan selalu PM di facebook bertanya tentang itu ini sedangkan tidak berbayar. Inilah lahirnya usahawan yang tidak berkualiti.

Saya memang suka nak ilmu percuma dari orang yang dah berjaya. Tetapi bila saya fikirkan balik jika berlaku pada saya. Orang sana PM, orang sini PM bertanyakan tentang bisnes online ini. Bagi saya, nak dapatkan nasihat atau minta pendapat secara percuma itu tidak mengapa. Tetapi bila selalu asyik PM tanya itu ini, mungkin mengganggu masa saya. Siapa yang nak bayar masa saya? Lainlah kalau saya buat program amal berikan ilmu secara percuma.

Baiklah. Panduan yang saya gunakan dalam buat duit dengan clickbank ini adalah daripada Teknik Clickbank dan juga Pemasaran Video . Jika anda ingin membeli produk tersebut, saya nasihatkan kepada anda sila baca post saya yang lepas di sini dahulu kerana saya ada bonus gempak untuk anda yang mendapatkan kedua-duan panduan tersebut

2,042 total views, 4 views today