Assalamualaikum dan Hai.

Nama aku diberi Faiz. Dalam dunia maya aku lebih dikenali sebagai FaizAlias.

Aku mula start blogging pada awal tahun 2013 apabila aku terinspirasi dengan kejayaan sepupuku iaitu saudara Hafizi Zain. Jika korang dalam dunia bisnes online mesti kenal siapa dia.

Modal pertama aku untuk bangunkan blog ini adalah dengan menggunakan duit PTPTN. Dengan modal yang ada tersebut aku bangunkan blog FaizAlias.com iaitu blog pertama yang aku dirikan.

Melalui blog ini, aku tawarkan servis dan juga buat affiliate. Dari sini aku mula kumpul wang sehingga aku berjaya dirikan beberapa bisnes dan website lain yang menjadi nadi utama bisnes aku sekarang.

Alhamdulillah. Syukur dari rezekinya.

Namun aku masih lagi berada dalam keadaan tidak “selesa”.

Banyak lagi perkara yang aku kena buat dan kena belajar.

Pesan aku, hebat macam mana pun kita, jangan pernah sesekali berada dalam keadaan zon selesa. Kena sentiasa berusaha dan berusaha.

Rezeki, dari Allah. Jadi jangan sombong kepada Allah.

Sembahyang jangan tinggal. Taat pada ibu bapa.

Pesan ini adalah untuk aku juga dan ingatan kita bersama.

Pada Ogos 2017, aku mula “rebrandingkan” balik blog FaizAlias.com di mana post-post “sampah” dan post mengenai bisnes dalam blog ini aku delete dan aku ingin jadikan blog ini sebagai blog peribadi.

Blog FaizAlias.com akan mengisahkan tentang hidup aku, pengajaran, travel, makanan dan lain-lain lagi.

Jika korang ingin perkongsian bisnes dari aku, boleh jenguk blog ahmadFaiz.com. Nak tahu dengan lebih lanjut tentang ahmadFaiz.com boleh tengok.

Ok. Itu saja yang aku ingin kisahkan mengenai diri aku.

Pesan aku, kalau korang tak ada hobi, bolehlah jadikan blogging sebagai hobi kerana banyak manfaat darinya. Antara salah satunya adalah boleh jana pendapatan sampingan.

Ikhlas,
FaizAlias

ahmadFaiz.com
FaizAlias.com
smcreativestudio.com
iLancee.com