Artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang jenis-jenis darah dan siapa penderma yang boleh terima darah tersebut.

Baiklah.

Semua orang kenal darah bukan? Lazimnya darah adalah berwarna merah pekat, rasa melekit, bau hanyir dan sesiap yang melihatnya juga boleh mabuk atau dipanggil mabuk darah.

Dalam darah kita terdiri dari pelbagai kompenen iaitu

  1. Sel darah merah
  2. Sel darah putih
  3. Platlet
  4. Plasma

Sel darah merah ni ia berfungsi sebagai pembawa oksigen keseleruh badan. Sel darah putih ni adalah untuk melawan virus yang masuk dalam badan. Platlet ni pula bertindak sebagai proses pemulihan. COntohnya jika tangan korang luka terkena pisau, maka platlet dulu akan berkumpul dan menutup luka-luka kecil sehingga kurang pendarahan dan seterusnya menyembuhkannya.

Ok fungsi plasma ni pula adalah sebagai mengangkut bahan yang tidak larut dan haba yang berlebihan keluar dari badan.

Ok itu serba sedikit mukadimah tentang darah kita.

Tau tak?

Korang perlu kenali jenis-jenis darah korang. Bagi aku ianya agak penting untuk kenali jenis-jenis darah kita dan jenis darah apa yang boleh kita terima.

Yela. Mana tau kan ketika kecemasan kita perlukan bantuan darah segera. Bila doktor tanya kita darah apa nanti senang prosesnya dan ianya jadi lebih cepat.

Di sini ada sikit panduan untuk korang kenali jenis-jenis darah serta siapa boleh terima dan siapa tak boleh derma darah tersebut.

Boleh rujuk jadual ringkas di bawah.

Harap-harap korang faham la ya.

Untuk cek darah korang darah apa, boleh je pergi kat klinik berdekatan. Prosesnya sekejap je.

Ok.

Aku jenis darah A+. Nanti derma la kat aku sikit ya… 😀