Job dirumah penipu? Ramai yang tertanya-tanya dan post sana sini tentang keberkesanan Job Di Rumah atau lebih dikenali sebagai JDR. Berkesan atau tidak sebenarnya terletak pada diri sendiri. Saya sebagai pembeli, saya akan berikan sedikit testimoni dalam artikel saya kali ni.

Sedikit pengenalan untuk JDR. Job Di Rumah ini telah dibangunkan di bawah syarikat Kliks Solution di mana mereka hanya menyediakan dan mengumpul kerja-kerja kosong dari seluruh dunia. Faham disini dahulu. Kerja-kerja ini mereka kumpul dan akan di hantar melalui email kita setelah kita telah mendaftar dengannya. Terdapat banyak kerja-kerja yang boleh anda lakukan, seperti menaip, programmer dan sebagainya. Kerja klik like untuk fanpage pun ada dan anda akan dibayar beberapa dollar sen sahaja untuk setiap anda klik.

Seperti yang saya katakan tadi, berkesan atau tidak semuanya bergantung pada diri sendiri. Bagaimana kita berusaha untuk mencapai sesuatu. Mereka ini atau agensi ini hanya menyediakan kerja dan mengumpulkan kerja untuk kita sahaja. Saya hanya pernah dapat beberapa puluh dollar sahaja tetapi selepas itu saya berhenti kerana tidak larat nak buat kerja sebagai freelence. Tambahan pula saya nak fokus pada bisnes saya yang sedia ada. Jika anda tiada kerja langsung, lebih baik anda mencubanya.

Job Di Rumah ini mungkin penipu kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab meniru atau menciplak nama dan laman webnya yang sebenar. Jadi, pastikan anda apabila nak menyertai Job Di Rumah ini, anda hanya buat pembayaran melalui nama KLIKS SOLUTION sahaja. Jika nama lain, anda perlu berhati-hati.

Untuk lebih kepastian, anda boleh search di Google dengan kata kunci “job di rumah penipu”. Alhamdulillah, setakat ini Job Di Rumah dibawah jagaan Kliks Solution masih lagi bersih dari penipuan-penipuan yang tidak di ingini. Memang betul mereka ini tidak mempuyai pejabat tetapi mereka hanya bekerja dari rumah 100%. Sebenarnya ada pejabat atau tidak, bukan perkara penting kerana kita sekarang sudah hidup di alam siber dimana interkasi itu lebih cekap dan cepat. Anda boleh baca mengenai mereka di sini.

Baiklah. Hanya setakat ini sahaja yang mampu saya kongsikan kepada anda mengenai Job Di Rumah ini atau lebih dikenali sebagai JDR. Sekali lagi peringatan untuk anda. Job Di Rumah ini telah banyak di ciplak oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi nasihat saya apabila anda nak mencubanya, anda hendaklah membuat bayaran hanya kepada Kliks Solution sahaja.

#klik sini untuk baca bukti pendapatan saya dengan job dirumah

5,237 total views, 2 views today