Semakin lama, semakin tenggelam isu buat duit dengan blog diperkatakan sedangkan ia “tradisi” lama yang perlu kita kekalkan. Banyak sudah terbukti buat duit dengan blog boleh hasilkan pulangan yang lumayan kepada seorang blogger. Jika anda buat carian di Google, saya yakin banyak cerita-cerita mereka yang dah berjaya buat duit dengan blog. Tetapi semua itu kisah lama.

Jadi, terdetik di hati saya untuk hidupkan kembali “tradisi” buat duit dengan blog dengan saya tubuhkan group sendiri yang dinamakan sebagai “Buat Duit Dengan Blog (Original FaizAlias.com)”. Jika anda belum join, boleh join sekarang group ni kerana saya akan berkongsikan pelbagai ilmu-ilmu percuma buat duit dengan blog. Bukan itu sahaja, saya juga akan berkongsikan pelbagai info-info bisnes online.

Di sini saya nak kongsikan sedikit tip-tip buat duit dengan blog sebagaimana saya kongsikan dalam group saya. Jika anda join, anda akan dapat banyak lagi tip-tip percuma buat duit dengan blog ini saya kongsikan di sana. Semuanya percuma tanpa anda perlu keluarkan kos satu sen pun. Antara tip-tip yang saya kongsikan adalah,

  1. Jika anda nak buat duit dengan blog, saranan saya adalah buat blog berbayar. Ini kerana, blog berbayar lebih cepat dan mudah di indeks oleh google apabila kita menulis sesuatu artikel. Tidak seperti blog percuma, dimana google tidak dapat mengindeks dengan pantas apabila sesuatu artikel di tulis. Ini akan mengambil masa yang lama untuk blog anda dikesan di google.
  2. Buat satu blog yang memberikan manfat kepada pembaca. Sebagai contoh, anda selalu masukkan input-input yang memang berguna untuk orang ramai seperti info-info perniagaan, resepi-resepi masakan dan sebagainya. Cuba carikan tajuk evergreen dan berguna untuk sampai bila-bila. Memang blog pasal artis, gosip dan politik ramai yang minat tetapi tajuk ni bukan tajuk evergreen. Sampai satu masa tajuk ni akan “basi”
  3. Jana pendapatan affiliate dengan teknik review di blog. Sebagai contoh, anda tuliskan satu artikel review untuk ebook saya iaitu RahsiaMurahnya.my  di blog anda tentang keberkesanan ebook saya. Dalam artikel tersebut, anda masukkan link affiliate anda dan apabila ada orang klik dan buat pembelian di blog anda, anda akan terima komisyen daripada saya. Mudah kan?
  4. Anda juga boleh buat duit dengan buat sewaan letak banner di blog anda. Sebagai contoh di blog saya, saya akan berikan harga RM10 sahaja sebulan untuk sesiapa yang ingin meletakkan banner di blog saya.
  5. Anda juga boleh jana pendapatan dengan tawarkan servis di blog anda. Sebagai contoh, anda mahir dalam design banner timeline, anda buatkan satu page khas untuk tuliskan tentang servis ini. Dengan cara ini juga mampu untuk anda jana pendapatan melalui blog.

Sebenarnya banyak lagi yang saya kongsikan dalam group tersebut. Jika anda berminat untuk buat duit melalui blog, saya teramat alu-alukan kedatangan anda. Sebelum saya mengakhiri artikel ini, saya ingin menasihati anda sesuatu. Buat duit dengan blog tidak akan menjadi tanpa ada trafik.

1,254 total views, 2 views today