Masa mula-mula saya terlibat dalam perniagaan internet ini, saya telah mendaftarkan diri di JDR iaitu Job Dirumah. JDR ini membekalkan kepada kita kerja yang perlu dibuat setiap hari tanpa kita bersusah payah mencari kerja dalam internet lagi dah. Terdapat beribu-ribu peluang kerja setiap hari yang dibekalkan untuk kita. Pilih saja yang bersesuaian dengan anda. Dari kerja yang mudah sehingga kerja yang rumit. Contoh print screen yang saya dapat job yang dihantar ke email saya. Ni baru separuh. Ada beratus-ratus dia hantar setiap hari

Kerja yang mudah saya maksudkan disini adalah seperti menulis, menaip data, memasukkan data, copy and paste data dan sebagainya.Manakala kerja yang susah adalah seperti programming dimana bayarannya lebih bernilai tinggi sehingga beratus-ratus USD. Jika anda pandai buat programming anda sangat bertuah.

Jadi berapa duit online pertama yang saya dapat?

Hanya RM20 jer duit online pertama yang saya dapat melalui JDR. Bukan main gembira lagi saya pada masa tu. Maklumlah bila terima email “Tahniah! Anda Dapat Komisyen”. Tetapi RM20 nilah yang buatkan saya menjadi semangat untuk terus mencipta duit melalui internet. Tarikh pada masa tu ialah 11 Julai 2012.

Betullah orang kata. Kejayaan yang pertama membangkitkan semangat untuk kejayaan yang seterusnya. Bukannya sikap sentiasa berpuas hati apabila mendapat sesuatu ganjaran. Kita mestilah sentiasa berusaha kearah yang lebih baik. Jika hari ni kita dapat RM20, esok hari kita target pula nak dapatkan RM200 atau RM2000. Anda pula macam mana? Bila kali pertama anda pernah merasai duit online ni?

 

1,347 total views, 2 views today