Sebagai seorang usahawan, banyak halangan yang terpaksa kita tempuhi. Tetapi ramai yang menganggap seorang usahawan ini tidak mempunyai masalah tersendiri dalam bisnes. Kadang-kadang masalah seorang usahawan itu sebenarnya jauh lebih besar kerana ia melibatkan wang. Tersilap langkah, menyesal seumur hidup.

Selain daripada itu juga, ramai yang berhasad dengki dengan kejayaan-kejayaan para usahawan. Jadi tidak mustahil daripada sesetengah mereka mempunyai niat yang jahat. Untuk mengatasi masalah ini, hanya kepada Allah jua kita mengadu supaya di jauhi daripada perkara-perkara yang tidak di ingini. Doa senjata seorang usahawan.

Hari ni saya nak share satu ayat amalan yang bagus untuk para usahawan jadikan amalan. Ia juga sebagai peringatan untuk diri saya sendiri juga dan rakan-rakan seperjuangan bisnes saya.

Apakah khasiat amalam surah ini untuk para usahawan?

Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah sebanyak 7x yang diulang sesudah solat fardhu, maka:

– jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
– jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
– jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
– jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
– jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
– jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
– jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

Semoga ia bermanfaat untuk anda. Jom kita sama amal-amalkan sebagai seorang usahawan muslim yang berjaya. Jom share jika bermanfaat!

1,058 total views, 3 views today