Sekarang ni korang tak perlu berusah payah lagi nak beratur di pejabat pos atau di TM point untuk bayar bil TM korang. Ouh ya. Untuk pengetahuan korang juga, TM sekarang sudah guna mesin kiosk untuk pembayaran bil. Mereka tidak lagi terima pembayaran di kaunter.

Cara paling mudah korang nak bayar bill TM adalah secara online sahaja.

Ok sebelum tu aku nak beritahu. Bil bulanan yang diberikan oleh TM adalah melalui dua cara iaitu melalui email atau dipanggil sebagai e-bills dan juga melalui kiriman surat.

Macam kes aku, bil masih lagi menggunakan kiriman surat sebab nama akaun adalah atas nama orang lain. Aku hanya tolong bayar saja. 😀

Tutorial kali ni aku hanya tunjukkan cara pembayaran melalui Maybank2u sahaja ok.

Cara Terkini Bayar Bil TM Secara Online (Maybank2u)

Ok. Langkah pertama yang perlu korang buat adalah semestinya perlu login ke akaun maybank2u. Ok. Login sekarang.

Kemudian, korang akan lihat seperti gambar di bawah.

Pilih pada “Bill Payment” dan klik butang Go.

Seterusnya, anda akan lihat seperti gambar di bawah.

Klik pada “Make a one-off payment”

Seterunya akan akan lihat seperti gambar di bawah.

Pilih “All Payees dan klik pada butang continue.

Kemudian akan akan lihat gambar seperti di bawah.

Pilih “Telekom – Tel and Multimedia” Kemudian klik pada butang Continue

Seterusnya anda akan lihat seperti gambar di bawah.

Masukkan “Bill Account Number” dengan betul dan klik pada butang Continue.

Seterusnya anda akan lihat seperti gambar di bawah.

Pastikan Amout, Bill Account Number dan Registered Bill Name adalah betul. Jika anda dah pastikan ianya adalah betul, klik pada butang continue.

Seterusnya anda akan lihat seperti gambar di bawah.

Pilih SMS TAC dan klik pada request for TAC. Nombor TAC ni adalah nombor keselamatan untuk transaksi. Ia akan dihantar kedalam telefon anda melalui SMS. Pastikan nombor telefon anda sudah didaftarkan untuk tujuan transaksi online.

Jika semuanya sudah siap, klik butang confirm untuk sahkan.

Siap!

Itu saja cara bayar bill TM secara online.

 

16 total views, 8 views today