Mungkin ini berita gembira kepada para peniaga online kerana pada 17/4/2013 pihak maybank telah mengambil inisiatif baru iaitu dengan mencipta satu cara pembayaran untuk memudahkan golongan-golongan peniaga online. Perkhidmatan tersebut di namakan sebagai Maybank2u pay.

Maybank 2u Pay boleh didaftarkan dengan syarat -syarat berikut,

  1. Mempunyai akaun Maybank2u
  2. Mempunyai wesbsite/blogshop yang menjual barang fizikal sahaja

Apakah kelebihan Maybank2u pay ini? Antara kelebihannya adalah,

  1. Anda dapat lihat transaksi yang lebih detail seperti nama pelanggan dan alamat email pelanggan. Jika anda pernah guna paypal, serba sedikit adalah sama sahaja. Sebelum ini para peniaga susah nak periksa transaksi pelanggan jika terlalu ramai, tetapi kini tidak menjadi masalah lagi.
  2. Fungsi yang diasingkan supaya memudahkan untuk para peniaga online untuk withdraw, kira untung, urusan cek dan sebagainya. Anda tidak faham? Jika anda dah mula guna, anda akan lebih faham. 🙂

Ramai yang tidak tahu cara-cara nak mendaftar Maybank2u pay. Dibawah ini saya tunjukkan langkah demi langkah cara mendaftar Maybank2u pay:

Langkah #1:

Login ke akaun Maybank2u anda dan klik pada Maybank2u pay di homapage

Langkah #2:

Klik Apply for Maybank2u

Langkah #3:

Baca terma dan syarat sebelum anda apply Maybank2u pay dan klik continue

Langkah #4:

Isikan maklumat butiran perniagaan anda dan klik continue.

Langkah #5:

Anda perlu request TAC  dan teruskan sehingga tertulis status Successful

Langkah #6:

Dalam masa 2 hari, salah seorang pihak dari Maybank akan menghubungi anda untuk pengesahan dan memberitahu samaada permohonan anda berjaya atau tidak.

Langkah #7:

Jika berjaya,  anda akan menerima email bahawa permohonan anda telah diluluskan dan anda akan menerima satu kod html untuk dimasukkan kedalam blogshop atau website anda.

Sekarang anda telah berjaya mendapatkan permohonan Maybank2u pay. Tahniah saya ucapkan. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua sebagai seorang usahawan internet. Semoga berjaya!

 

2,868 total views, 3 views today