Sejak aku mula meminjam PTPTN pada tahun 2012 dan tamat perjanjian meminjam PTPTN pada tahun 2016, hanya RM1000 lebih sahaja aku telah meminjam.

Syukur.

Kenapa jadi macam tu?

Aku malas nak ulas panjang dalam artikel ni. Sebenarnya ada sedikit cerita di sebalik semua ni kenapa hanya amount tu saja aku perlu bayar balik.

Kepada adik-adik dan ibubapa di luar sana.

Aku cuma ingin berpesan, jika dapat PTPTN tu jangan terlampau gembira sangat.

Bukan apa. Ya, benda tu memang boleh meneruskan niat nak sambung belajar tapi pada masa yang sama juga ia akan menjadi satu beban hutang yang akan dipikul selepas graduate nanti.

Jadi, bila dapat tu ucap saja “Alhamdulillah”. Tak perlu nak lompat-lompat k. Buat bersahaja¬† je.

Ok, panjang sangat mukadimah aku kali ni.

Jom kita lihat mcm mana cara nak semak PTPTN secara online.

Semakan PTPTN Secara Online

Untuk semakan ptptp secara online, pergi ke link ni >>> http://www.ptptn.gov.my/gateway/login.jsp

Kemudian anda akan lihat seperti gambar berikut.

Masukkan kad pengenalan dan kata laluan. Kemudian klik butang Log masuk. Jika korang lupa password, klik pada link “Terlupa kata laluan?”

Kemudian anda akan dibawa masuk ke halaman utama.

Anda perlu klik pada “Penyata Baki Terperinci”.

Itu saja.

Semakan PTPTN Secara SMS

1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
2. Hantarkan SMS ke 15888

Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin/ no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455 atau menghubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN di https://twitter.com/twitptptn

Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.

 

47 total views, 3 views today