Selalu kita dengar penipuan-penipuan yang berlaku di internet sehingga kerugian beribu-ribu ringgit kepada mangsa. Golongan yang selalu yang ditipu adalah golongan wanita, golongan berusia dan golongan mereka yang terdesak duit. Segala program yang dianjurkan dalam internet, mereka terus join tanpa usul periksa samaada perkara itu benar atau palsu.

Scam adalah istilah yang digunakan dalam alam maya iaitu penipuan. Scammer pula adalah golongan yang menipu orang ramai dan tidak bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan. Baru-baru ni saya terbaca yang di post oleh seorang wanita di satu group bahawa beliau telah ditipu oleh otai IM sendiri. Walaupun orang tersebut telah popular dalam internet, beliau masih lagi buat cubaan menipu kepada mangsa.

Bagaimana cara nak elakkan perkara ini berlaku? Cara nak elakkan anda di scam oleh manusia yang tidak bertanggungjawab adalah dengan mengigati formula ini:

S: Search and Survey
Sebelum anda ingin membuat urusan dengan seseorang melalui internet atau join sesuatu program, anda mesti search and survey dahulu di google. Biasanya, jika sesuatu program itu menipu, mesti akan ada seseorang menceritakan di blog mereka. Jadi pastikan anda survey dahulu samaada seseorang itu atau sesuatu program itu menipu atau tidak.

C: Contact
Selain itu juga, anda cuba dapatkan nombor telefon yang menganjurkan sesuatu program atau nombor telefon seseorang yang anda ingin menggunakan servis beliau. Selepas itu cuba hubungi beliau dan bertanya secara baik. Scammer ni juga mungkin boleh jadi robot yang di program khas untuk menipu orang ramai. Jadi, cuba dapatkan nombor telefon mereka sebelum anda join atau menggunakan servis dari mereka.

A: Awareness
Walaupun anda dah survey dan dah dapatkan nombor telefon, anda masih lagi perlu berjaga-jaga kerana seperti yang saya katakan sebelum ini, ada juga otai IM yang cuba menipu customer beliau hampir RM1k. Tak perlu saya sebut nama disini takut menjadi sesuatu yang tak di ingini pula. Jadi anda perlu betul-betul berjaga-jaga. Jika ada testimoni dari orang tersebut lagi bagus.

M: Moving
Selepas anda dah buat tiga perkara di atas, keep MOVING dengan niat anda tersebut. Redha jika ada apa-apa yang berlaku dan ikut gerak kata hati. Jika anda dah ikut tiga perkara di atas, sebenarnya anda dah bebas diri dari kena scam oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Jangan anda tertipu, Jangan anda makan rezeki haram

1,376 total views, 6 views today