Alhamdulillah, pada 12 September yang lalu aku baru saja selesai buat ujian saringan HIV test untuk bakal perkahwinan aku nanti.

Resultnya?

Tentulah negatif.

Jika positif mau murung aku seumur hidup…Huhu

Ok. Di sini aku nak kongsikan pengalaman aku semasa buat HIV test.

Cara-Cara Nak Buat HIV Test Untuk Bakal Pengantin

Ok langkah pertama yang perlu korang lakukan adalah pergi ke klinik kerajaan. Setahu aku, nak buat HIV test untuk bakal pengantin hanya sah di klinik kerajaan sahaja. Jika di klinik swasta aku tidak pasti.

Korang boleh pergi ke Klinik Kesihatan di daerah korang masing-masing. Jika korang ingin pergi bersama pasangan, boleh juga pergi ke klinik yang bukan di daerah korang. Bab ni tak ada masalah.

Di klinik kesihatan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian pergigian, ibu dan anak dan pesakit luar. Jangan tersilap pergi ke bahagian pergigian atau ibu & anak pula.

Bila sampai di klinik, terus ke bahagian kaunter pertanyaan.

Tanya kepada staff yang menjaga di kaunter tersebut macam mana prosedur nak buat ujian saringan HIV test untuk bakal pengantin. Kena sebut ya untuk bakal pengantin. Jika tak diorang tak berikan korang borang HIV test untuk bakal pengantin.

Kemudian, anda ada perlu isi satu borang yang diberikan oleh staff yang menjaga di kaunter tersebut.

Ouh ya. Sebelum korang tinggalkan kaunter pertanyaan tadi, pastikan korang tanya apa perlu dibuat lepas isi borang tersebut dan juga ada bayaran sebanyak RM1.

Ada sesetengah kinik lain sikit prosedure. Sikit saja. Tak banyak.

Macam kes aku ni, lepas isi borang aku perlu letak sendiri borang ini di hadapan bilik rawatan. Nanti ada satu bakul di situ. Letak saja dalam bakul tu.

Ada sesetengah tempat tu, lepas siap isi kena hantar balik borang tersebut di kaunter pertanyaan dan mereka sendiri akan uruskan selepas itu.

Kemudian, anda tunggu saja nama anda dipanggil ke bilik rawatan untuk ujian HIV.

Sakit Ke Buat Ujian HIV?

Tak sakit pun. Serius tak sakit. Nak kata tak rasa langsung tu tak jugak. Cuma yang aku boleh beritahu kalau bayi kena pun tak menangis.

Kejap je buat ni. Tak sampai seminit pun ujian.

Ok. Sekian saja perkongsian aku kali ni.

Semoga korang nak kahwin tu dapat jadikan ni sebagai panduan.

Pada mulanya aku terkial-kial juga nak buat benda ni.

Macam-macam persoalan timbul.

Nak ambil borang di mana?

Kat mana nak buat HIV test ni?

Macam mana nak beritahu staff klinik nak buat ujian ni?

Jadi, aku kongsikan pengalaman ini untuk memudahkan urusan korang nanti.

Sekian!

38 total views, 5 views today