Cara Bayar Bil TM Melalui JomPay | Cara membayar Bil TM secara online semakin mudah dengan hadirnya JomPay. Anda tak perlu bersesak-sesak nak beratur di kiosk pembayaran untuk buat bayaran Bil TM. Apa yang korang perlukan hanyalah laptop yang disambungkan dengan internet.

Ok. Sebelum ini juga aku ada tulis tentang bayar bil TM secara online. Tetapi hanya dengan fungsi Make a one-off payment. Sekarang ini aku nak tunjukkan cara bayar bil TM melalui JomPay.

Cara Bayar Bil TM Melalui JomPay

Langkah 1: Ok. Langkah terawal yang korang perlu buat adalah dengan dengan login ke akaun Maybank2u.  Kemduian pergi ke Accounts and Bankin >>> Bill Payment >>> JomPay

 

Langkah 2: Klik pada Make a one-off payment.

Langkah 3: Masukkan jumlah dan pilih akaun pembayaran anda. Untuk Biller Code dan Ref 1 anda perlu rujuk pada bil samaada bil yang dihantar melalui surat menyurat atau bil yang di hantar melalui email.

Langkah 4: Review balik info yang telah korang masukkan. Kemudian, request TAC untuk pengesahan pembayaran.

Siap!

Jika anda rasa tutorial ini bermanfaat, silakan share ya.

Terima kasih 🙂