Assalamualaikum…

Arap anda semua sihat-sihat semuanya ya. Hehe

Sedar tak sedar, kita dah habis pun beraya…

Mana-mana bekas berisi kuih dan biskut raya atas meja tu, dah boleh simpan la kot.

Pergi basuh-basuh cuci  untuk guna raya tahun depan pula.

Ok lah…

Hari ni aku nak share cara nak batalkan Bill Statement U Mobile di mana korang akan di cas bill ni sebanyak RM3-RM5.

Oppsss…

Tu tak termasuk GST k. Kalau termasuk GST, korang kiralah sendiri berapa.

Bukanlah aku nak berkira sangat RM3-RM5 tu. Tapi apa guna nak buang duit dengan bill statement? Baik aku g sedekah atau wakafkan kat masjid-masjid yang baru nak buat. Boleh pahala berpanjangan.

Dahlah kena cas tiap-tiap bulan.

Tak gitu?

Meh nak share sikit.

Cara Pertama, korang perlu dail “1318” (jika korang dail guna nombor U Mobile) atau boleh dail (+6)018 388 1318 (ni jika korang dail guna nombor selain nombor U mobile. Ni kena cas la)

Lepas tu, korang akan dengar operator robot memberikan korang pilihan.

Sila pilih bahagian bill dan pertanyaan.

Lepas tu korang akan di sambungkan kepada staff yang bertugas untuk mulakan perbualan.

Jika staff tu beragama islam yang angkat bagi la salam dulu atau jika non-muslim angkat cakaplah selamat petang ke apa. Tu pun nak kena ajar ke?

Lepas tu, korang terus masuk point dan beritahu nak batalkan statement bill U mobile sebab ada cas. Malas nak bayar. U mobile dah kaya. 😛

Macam biasa, nanti staff tersebut akan tanya korang nama, alamat, IC dan sebagainya untuk pengesahan. Itu saja. Nanti diorang akan batalkan Bill statement korang tu dalam masa 2 bulan.

Contohnya 2 bulan tu?

Contoh kalau korang call U mobile untuk batalkan bill statement ni pada bulan Ogos, nanti bill statement tu akan tetap berjalan pada bulan September. Pada bulan Oktober nanti barulah korang tak dapat bill statement tu.

Dapat?

8,214 total views, 4 views today