Pada hari ini, saya lihat semakin ramai pelajar yang cuba memulakan bisnes sendiri walaupun secara kecil-kecilan. Ada yang buat MLM, ada yang buka kiosk sendiri kat kampus dan sebagainya. Inilah dikatakan kesedaran bisnes dalam kalangan pelajar semakin meningkat.

Banyak faedah jika para pelajar cuba mendekati dunia bisnes. Antaranya para pelajar dapat mengelakkan diri dari terjebak aktiviti-aktiviti luar yang tidak sihat seperti mencuri, ber”dating” dan sebagainya. Kenapa saya kata begitu? Cuba bayang kalau pelajar tersebut sibuk dengan bisnes mereka? Segala aktiviti yang tidak sihat dapat dibendung secara tidak langsung.

Ada ramai juga pelajar yang ingin berniaga tetapi tidak mempunyai masa dan idea untuk buat bisnes. Bagi saya, bisnes yang paling sesuai untuk pelajar adalah bisnes yang tidak memakan masa yang begitu banyak dan tidak perlu menjual barang. Hanya jual kemahiran dan idea yang ada. Ada ke? Mestilah ada. Semua rahsia akan terungkai dalam artikel ini. Jadi pastikan ada baca dengan teliti.

Baiklah. Sebelum ini saya dah pernah buat artikel tentang Murahnya.my iaitu satu platform untuk jual beli servis. Contoh servis yang paling mudah adalah servis menulis. Dengan hanya menulis sahaja anda dah dapat duit. Anda boleh tawarkan RM10 dengan hanya sekali menulis. Jika anda dah dapat 10 tempahan bermakna anda dah dapat seratus. Menarik bukan? Tak payah jual barang pun. Menulis jer dah dapat duit.

Masih kurang faham tentang Murahnya.my? Baiklah, saya berikan sedikit penerangan tentang murahnya.my. Murahnya.my ni anda boleh buat duit dengan servis atau kemahiran yang anda ada dimana jika ada orang yang berminat dengan servis yang anda tawarkan, anda akan dibayar oleh mereka. Mudah jer kan? Contoh saya pernah buat servis penulisan dan saya mendapat 3 tempahan dalam satu masa . Harga setiap penulisan saya tawarkan dengan harga RM10 jer. Murah je pun. Saya juga pernah buat servis ______ sehingga dengan servis ni saya berjaya mengumpul RM850 dalam masa beberapa hari  sahaja. Tu baru satu servis. Jika saya buka 4-5 servis, bukankah saya tak perlu berkerja lagi dah. 🙂

Tetapi anda jangan sangka Murahnya.my ni mudah bagi anda walaupun hanya buat servis menulis. Jika tidak ada orang buat tempahan, anda tidak dapat apa-apa pun. Tetapi saya ada rahsia dan formula sendiri dimana saya tidak ada kemahiran pun dalam membuat servis tersebut tetapi saya masih dapat hasilkan beribu-ribu ringgit dalam masa sebulan sahaja. Jika anda tidak percaya, klik disini kerana saya dah ceritakan dari A-Z bagaimana saya hasilkan duit beribu-ribu ringgit dalam hanya masa sebulan sahaja.

Saya berharap, saya telah membuka fikiran anda semua tentang bisnes buat servis ini. Memang betul tidak perlukan modal. Jika perlukan modal pun, adalah modal ILMU di mana anda boleh pelajari daripada orang yang telah berjaya. Tidak lain tidak bukan, ilmu panduan itu anda boleh dapatkan di www.rahsiamurahnya.my

 

3,932 total views, 3 views today