Best ke Tandom Hill ni?

Nilah first time aku ke Tadom Hill yang terletak di Banting Selangor. Pada mulanya, aku ingat Tadom Hill ni seperti Sunway Lagoon yang berada di kawasan penduduk orang ramai tetapi Tadom Hill ni berlainan sikit. Ianya terletak di kawasan yang agak pendalaman yang dikelilingi oleh ladang kelapa sawit.

Ok.

Buat korang yang sukakan aktiviti lasak, aku rasa kawasan ini agak sesuai untuk korang kerana ada pelbagai aktiviti yang boleh korang lakukan di sini seperti

  • Obstacle Course
  • Bola Zorb
  • Rakit Buluh
  • Rock Climbing
  • Belajar Menyumpit
  • Memanah
  • Flying Fox

Sebelum ini asyik dengar cerita orang saja ke Tadom Hill. Kali ni, aku sendiri pulak pergi ke Tadom Hill untuk melihat suasana di sana.

Berdasarkan pandangan aku sendiri, suasana pemandangan di sini tidak seindah yang disangka seperti yang kita lihat orang bergambar di sana. Nampak menarik kan bila orang bergambar?

Sebenarnya pemadangan di sini tidak akan nampak menarik dengan mata kasar. Tetapi, jika korang bergambar di sini, barulah pemandangan akan nampak menarik.

Info Tadom Hill, Banting

Disekelilingi Alam Semulajadi, Tadom Hill Resort ini terletak 12 minit dari Lapangan Terbang KLIA dan 45 minit dari KL, menjadikan ia destinasi percutian yang sesuai kepada sesiapa yang merancang percutian pendek di hujung minggu.

Resort ini dikelilingi 40 ekar bukit batu kapur, tasik dan terselindung dari dunia luar. Resort yang bertema Eco-Pelancongan ini memberi anda pilihan sama ada nak bermalam di chalet yang di perbuat oleh buloh, ataupun didalam kemah.

Harga Pakej Tadom Hill

Bagi tahun 2016, harga pakej yang ditawarkan di Tadom Hill adalah seperti berikut.

Senarai harga di atas adalah pakej lengkap jika korang nak bermalam di sana. Tetapi aku hanya pergi mandi je di sana dan bayaran masuk adalah sebanyak RM18 sahaja.

Memang agak mahal tetapi amat berbaloi untuk pengalaman kali pertama. 🙂

Jom!

Tunggu apa lagi!

Buat perancangan untuk ke Tadom Hill bersama dengan kawan atau keluarga anda!

Jom lihat video pengenalan Tadom Hill.

14,258 total views, 5 views today