Bersyukur kepada Allah kerana tidak menakdirkan saya untuk terus sambung belajar di luar negara walaupun satu ketika dahulu saya mempunyai azam yang begitu kuat untuk menyambung pelajaran di luar Malaysia.

Pada mulanya saya agak kecewa dengan keputusan exam yang tidak melayakkan untuk saya menyambung pelajaran yang saya minati di luar negara. Tetapi saya pun mula ambil dan fikir dari sudut positif.

Rupa-rupanya Allah mahu berikan saya sesuatu yang lebih baik dan lebih bagus dari itu. Takdir telah tertulis untuk saya menyambung pelajaran di Malaysia. Hasilnya saya dapat mencari income sampingan untuk diri sendiri. Saya telah mula cuba buat bisnes seawal umur 20 tahun lagi.

Saya hanya bermula dengan modal PTPTN iaitu saya guna duit PTPTN untuk beli ilmu bisnes. Bukannya buat modal melabur untuk buka bisnes. Pada masa itu awal semester I dan saya banyak mengikat perut demi untuk melabur dalam ilmu bisnes. Dari situ saya banyak belajar perkara tentang dunia bisnes online.

Awal semester II, income saya mula tetap walaupun cukup-cukup untuk tanggung diri sendiri. Itulah menjadi pembakar semangat saya untuk terus berusaha. Semester II di Universiti, saya terpaksa tanggung diri sendiri sebab pada masa tu saya ada masalah dengan pinjaman PTPTN kerana penukaran kursus. Alhamdulilah. Saya berjaya harungi semester II tanpa pinjaman.

Ramai yang tanya saya. Bisnes apakah sebenarnya yang saya buat? Sebenarnya saya telah cuba buat banyak bisnes. Ada yang menjadi dan ada yang tidak menjadi. Kini saya telah short list untuk perniagaan saya. Antara bisnes yang saya jalankan sekarang adalah

  1. Buat servis online (design banner timeline, buat blog dan lain-lain lagi)
  2. Buat duit dengan blog
  3. Buat duit dengan affiliate
  4. Bisnes ebook sendiri

Ini adalah bisnes yang saya fokuskan sekarang. Manakala bisnes yang akan datang adalah Servis cetak baju+Ebay. Bisnes ni sebenar saya dah pernah buat. Tetapi masa yang tidak mengizinkan, saya berhenti untuk seketika untuk mencari ruang dan peluang.

Dengan izinnya, bisnes bakal datang itulah bisnes yang betul-betul bisnes yang saya akan lakukan. Bisnes yang bakal saya cipta dengan jenama sendiri. Cuma yang menjadi penghalang bagi saya adalah kesuntukkan masa untuk belajar.

Semoga dipermudahkan olehnya. Saya bersyukur dapat belajar di Tanah Air Sendiri. Jika saya ditakdirkan untuk belajar di luar negara, sudah tentu saya tidak berpeluang untuk buat bisnes sendiri.

Post ini bukan nak mempoyokan diri sendiri. Sekadar untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca blog ini sahaja.

1,297 total views, 1 views today