Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sudah agak lama saya tidak update blog ini walaupun dalam masa sehari saja tidak update. Saya sebenarnya sibuk siapkan tempahan website yang ditempah oleh pelanggan-pelanggan saya. Sekarang ni ada dua buah website lagi yang perlu disiapkan.

Di sini saya nak tanya anda. Adakah anda ada blog tetapi kurang komen di blog anda? Anda nak tahu salah satu sebab kenapa blogger-blogger ni suka komen di blog walaupun mereka tak baca sebenarnya. Mereka baca pendahuluan dan baca penutup terus komen. Asalkan mereka tidak spam sudahlah. Tapi ada juga yang komen ikhlas. Mereka baca sampai habis baru mereka komen. Sebenarnya mereka sedang mempromosikan blog mereka sendiri juga. Inilah dinamakan pemasaran “blog walking”.

Saya harap anda tahu apa itu maksud blogwalking. Blog walking ni adalah salah satu teknik nak promote blog kita di blog orang lain. Jadi kita mesti buat sesuatu yang kreatif sikit bagaimana cara nak pikat orang lain komen di blog kita. Ini juga dapat membantu blog kita lebih disukai oleh google.

Hari ini saya nak tunjukkan sikit bagaimana nak tingkatkan komen di blog anda.

Caranya mudah saja. Sebenarnya cara ni pun saya baru dapat hasil carian di google. Baiklah, sekadar nak berkongsi, anda boleh guna plugin yang dinamakan sebagai commentLuv

Di bawah saya tunjukkan sikit cara nak install plugin tersebut. Ini hanya untuk pengguna wordpress sahaja. 🙂

1. Pertama, anda pergi ke Dashboard >>> Plugins >>> Add New

2. Bila anda klik Add New, anda akan di bawa ke bahagian seperti berikut dan taip nama “commentLuv” dan klik Search Plugins

3. Kemudian anda pastikan gambar rajah seperti di bawah. Kemudian baru klik install

4. Kemudian klik “activate plugin”

5. Sekarang di bahagian komen blog anda sudah menjadi menarik perhatian untuk para blogger komen. Cuba anda komen di bawah ni bagaimana terhasil. Apabila anda komen di blog saya ni, secara automatik post anda yang sebelum ni muncul dalam blog ni. Contoh gambar di bawah.

Untuk demo secara live, cuba anda komen di bawah. Selamat mencuba dan selamat menerima pelawat-pelawat dari kalangan blogger. 🙂

1,490 total views, 2 views today