Apa itu SEO? Sebagai seorang blogger SEO menjadi nadi terpenting untuk mendapatkan trafik yang banyak dan berkualiti dalam enjin carian seperti Google, Yahoo! dan Bing.

Tahukah anda apa itu SEO? SEO adalah singkatan daripada Search Engine Optimization yang berperanan untuk menentukan blog kita mudah dikesan oleh enjin carian ataupun tidak. Blog yang mesra SEO sudah pasti akan mendapat ramai pelawat.

Hipotesis yang dijalankan berjaya. Semakin ramai pelawat yang melawat blog kita, semakin berpotensi untuk kita menghasilkan wang ringgit. Ini jikalau blog anda menyertai program-program buat duit seperti adsense ataupun menjual sesuatu melalui blog. Dimana terkumpulnya orang, di situlah terkumpulnya duit.

Di sini saya sediakan sedikit tip-tip SEOΒ untuk menjadikan blog anda lebih disayangi oleh pihak google. Semoga tip-tip tersebut bermanfaat untuk anda semua.

1. Elakkan loading blog yang terlalu perlahan.

  • Loading blog yang terlalu perlahan membuatkan pelawat menjadi jemu untuk membuka blog anda. Mungkin anda juga pernah mengalaminya apabila membuka sesuatu website yang lambat loadingnya, anda akan terus klik padam. Betul kan? Caranya, cuba settingkan homepage anda dengan beberapa artikel sahaja untuk di paparkan dan gunakan tema blog yang lebih mesra seo. Semua ni boleh di cari di google.

2. Tulis artikel yang berkualiti.

  • Artikel yang berkualiti di sini bermaksud adalah artikel yang mempunyai jumlah perkataan antara 400-600 dan memberikan manfaat kepada ramai orang. Artikel yang mempunyai banyak jumlah perkataan menyebabkan enjin carian lebih cepat mengindeks blog kita daripada artikel yang berjumlah 10 perkataan sahaja! Manfaat disini pula bermaksud sesuatu yang dicari oleh orang ramai. Sebagai contoh, Β anda menulis artikel mengenai “Cara-Cara Menjaga Jantung”. Saya percaya dan yakin. Golongan yang mempunyai masalah jantung mungkin akan tercari-cari tips di dalam internet. Jika rezeki anda, mereka terjumpa artikel di google. (Potensi Buyer)

3. Gunakan perkataan yang betul.

  • Dalam blogging, anda dilarang sama sekali menulis dengan perkataan yang ringkas dan perkataan yang kurang difahami orang lain. Sebagai contoh, cntk=cantik, rsa=rasa, bru=baru dan seumpamanya. Bukan semua golongan boleh faham bahasa seperti ini. Kesimpulannya, tulislah dalam bahasa surat walaupun gaya penyampai santai. Tidak perlu terlalu skema dalam penulisan blog.

4. Jangan tersilap ejaan.

  • Anda jangan sesekali tersilap ejaan semasa menulis. Sebelum publish artikel anda, pastikan anda buat review terlebih dahulu dan betulkan mana-mana ejaan yang salah. Kenapa jangan tersilap ejaan? Sebagai contoh, anda menulis tajuk ” Cara-cara meningatkan trafik”. Warna merah tu adalah ejaan yang salah. Sepatutnya meningkatkan. Apabila orang cari di enjin carian dan menaip “Cara-cara meningkatkan trafik”, kemungkinan besar enjin carian sukar untuk mengesan tajuk artikel anda. Bukankah anda dah terlebih rugi? πŸ˜€

5.Kaji keywords.

  • Google telah menyediakan satu tool untuk anda mengkaji keywords dimana keywords yang selalu dicari oleh orang ramai. Oleh itu, anda boleh pergi dan daftar akaun secara percuma untuk mengkaji keywords tersebut di google adword. Cara penggunaannya pula anda boleh cari di internet. Gunakan keyword yang telah dikaji sebagai tajuk besar artikel anda.

Sekian dulu untuk kali ini. Semoga anda dapat ikut ilmu SEO serba sedikit yang saya tulis ini. Ini pun ilmu daripada Allah juga. Sebenarnya ada banyak lagi, tetapi anda tunggu dalam artikel yang seterusnya.

Cuba dapatkan panduan ini >>> Teknik Sebenar SEO

1,863 total views, 19 views today