Dengan kewujudan internet pada hari ini, ramai orang telah berjaya menjana pendapatan pasif. Tetapi ramai juga yang terlepas pandang tentang pendapatan pasif ni.

Rahsia orang kaya atau orang bebas kewangan adalah mereka lebih mengutamakan pendapatan pasif daripada pendapatan aktif.

Tahukah anda apa itu pendapatan pasif dan aktif? Teruskan pembacaan anda untuk tahu apa itu pendapatan aktif dan apa itu pendapatan pasif.

Pendapatan aktif ini adalah pendapatan yang kita dapat bagi setiap kali kita melakukan kerja. Contoh paling mudah saya ambil adalah Pensyarah. Seorang pensyarah akan mendapat gaji apabila mereka pergi mengajar untuk lima hari seminggu. Jika mereka tidak datang mengajar, maka gaji mereka akan dipotong atau tidak dapat langsung. Contoh golongan pendapatan aktif yang lain adalah jurutera, doktor, cikgu, pensyarah dan sebagainya

Pendapatan pasif pula adalah adalah pendapatan yang kita dapat apabila kita melakukan sekali sahaja kerja tetapi kita tetap menghasilkan duit pada setiap masa.

Contoh adalah penyayi yang menghasilkan album sendiri. Mereka akan menerima royalti pada setiap masa selagi album mereka laku di jual.

Malangnya tidak ramai yang pandai menyanyi. Usah risau kerana banyak lagi cara untuk menghasilkan pendapatan pasif. Antaranya ialah buat ebook dan jual. Contoh lain golongan pendapatan pasif ini adalah:

  1. Pembuat ebook
  2. Pembuat applikasi game (untung juta-juta ni)
  3. Pembuat software
  4. Penulis buku
  5. Pemasar affiliate
  6. Para blogger dan sebagainya.

Sekarang pilihan dalam tangan anda. Pilihan mana menjadi income utama anda. Bagi saya, lakukan kedua-dua cara jana pendapatan ini kerana masing-masing ada kelebihan yang tersendiri.

5,434 total views, 2 views today