Setelah sekian lama saya mengintai peluang dalam pelaburan, hari ini saya dibukakan hati untuk melabur dalam salah satu pelaburan dibawah Public Bank. Pelaburan tersebut dinamakan sebagai pelaburan Public Mutual.

Apa itu pelaburan Public Mutual? Sebenarnya saya pun masih baru dalam pelaburan ini. Jadi saya tidak tahu lebih lanjut tentang pelaburan ini. Walaubagaimanapun saya cuba sampaikan apa yang saya tahu sahaja.

Sebenarnya pelaburan ini diperkenalkan oleh kawan saya sendiri. Dia menceritakan bagaimana dengan pelaburan Public Mutual ni menyebabkan wangnya berkembang biak dengan cepat dalam akaun public banknya. Bermula dengan modal RM1000 sekarang dah menjadi RM4000 lebih dalam akaunya dalam masa 5 bulan dengan simpanan setiap bulan adalah RM100.

Sebelum itu kita lihat dulu perbezaan diantara pelaburan dalam Public Mutual dan ASB. Perbezaan paling jelas di antara Public Mutual dan ASB adalah daripada segi jaminan keuntungan. Jika anda melabur di dalam unit amanah seperti Public Mutual, keuntungan anda tidak dijamin sebagaimana yang digembar-gemburkan menerusi iklan atau oleh agen unit amanah. Saya boleh mengatakan bahawa anda akan mengalami risiko kerugian besar jika anda tidak faham atau tidak tahu cara untuk melabur.

Keadaan ini berbeza jika anda melabur di dalam produk-produk PNB seperti ASB, ASN, ASW2020 dan seumpama dengannya kerana pelaburan anda telah dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Anda tidak akan mengalami sebarang kerugian walau sesen pun malah anda tidak perlu tahu bagaimana hendak melabur. Apa yang perlu anda pastikan adalah untuk kerap menambah simpanan di dalam akaun anda agar pulangannya di tahun hadapan adalah lumayan.

Namun, ini tidaklah bermakna melabur di dalam unit amanah adalah merugikan. Seperti yang saya nyatakan tadi anda akan rugi jika tidak faham cara melabur. Jadi, belajar dan fahamilah cara melabur jika dengan cara itu anda mampu beroleh keuntungan berlipat kali ganda berbanding melabur di dalam ASB. Keuntungan atau pulangan yang diperolehi di dalam unit amanah boleh mencapai sehingga 30% atau lebih setahun bergantung kepada keadaan ekonomi berbanding ASB yang secara purata 7% sahaja.

Setiap yang menguntungkan pasti memerlukan usaha dan risiko yang lebih, terpulanglah kepada anda untuk menentukan sama ada berani atau tidak mengambil risiko tersebut. Untuk makluman anda, ketika ini sudah begitu ramai menjadi jutawan dengan melabur di unit amanah dan tidak semua daripada mereka mempunyai kelulusan yang tinggi.

Apakah kelebihan pelaburan Public Mutual berbanding pelaburan lain. Salah satunya adalah peratus pulangannya adalah tinggi. Lihat kelebihan-kelebihan yang lain dengan pelaburan Public Mutual ni.

  1. Tentunya Syarikat Pelaburan Swasta No.1 di Malaysia.
  2. 100% pelaburan yang berlandaskan Syariah/Islamik.
  3. Pulangan yang tinggi serendah 10%-20% setahun, dan mungkin lebih.
  4. Modal yang tidak hilang.
  5. Boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa sahaja. Namun, ianya tidak digalakkan kerana tujuan pelaburan adalah untuk jangkamasa panjang & mendapat pulangan yang tinggi (Min 3 tahun).
  6. Selamat – sebab ada pemegang Amanah (trustee).
  7. Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun.
  8. Modal serendah RM1,000. Tambahan pelaburan Min RM100 bila-bila masa sahaja.
  9. Tak cukup modal? Boleh keluarkan daripada KWSP 20% daripada Akaun 1. Duit akan dipindahkan terus ke Public Mutual. Jadi, ianya tak akan hilang.
  10. Kalau melabur menggunakan KWSP, akan dapat purata Dividen KWSP 5% + purata Dividen Public Mutual 15% = 20%.
  11. Purata Pulangan/Dividen : Simpanan Tetap = 3% – 4%, KWSP = 4% – 5%, ASB = 8%, Public Mutual Unit Trust = 10% – 20% & mungkin lebih.

Tentang halal haram pelaburan ini anda jangan risau kerana ia dijamin 100% halal kerana ia dilaburkan di tempat yang betul. Itulah yang saya tanya kepada egen tersebut sebelum saya menyertainya terlebih dahulu. Jika anda nak kepastian yang lebih tepat, anda mungkin boleh bertanyakan kepada pihak public bank sendiri.

Sebenarnya, Public Mutual dan unit amanah lain kebanyakannya mempunyai Penasihat Syariah masing-masing. Sebagai pelabur Islam kita mempunyai pilihan untuk melabur di dalam dana-dana mereka yang telah diperakui halal dan sentiasa dipantau pergerakannya mengikut garis panduan Islam. Berkenaan isu ASB pula, hanya baru-baru ini sahaja Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan pelaburan ke atas ASB sebagai harus. Sesetengah pihak masih curiga dengan hukum yang dikeluarkan.

Apa pun paling utama anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk melabur. Pelaburan mampu menjana lebih banyak wang kepada anda, dan pelaburan juga mampu menghabiskan simpanan anda. Jika anda masih tidak jelas tentangnya pelaburan, silalah dapatkan maklumat yang cukup dan bertanya kepada yang arif tentang pelaburan. Buku-buku tulisan Azizi Ali, Sunthara Segar dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai pelaburan amat bagus untuk dibaca. Saya pasti selepas anda memahami tentang pelaburan, anda akan merasa seronok untuk melabur dan anda tidak takut untuk menghadapi risiko yang bakal dihadapi.

Alhamdulillah. Hari ini saya dah buat investment sebanyak RM1000 dan membuat simpanan sebanyak RM300 setiap bulan dengan pulangan antara 12%-30%. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada ekonomi negara. Jom mulakan pelaburan sekarang dalam masa umur muda ini.

Jika anda berminat untuk melabur dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang Public Mutual, sila hubungi nombor di bawah,

Anda ingin iklan tentang Public Mutual anda di sini? Nak iklankan nombor telefon anda di sini? Hubungi saya sekarang.

113,068 total views, 103 views today