Seperti yang saya janjikan kepada rakan facebook saya, saya akan menulis satu artikel bertajuk “5 Perkara Yang Akan Merubah Hidup Kita”. Selama ini kita tidak sedar apa yang kita buat adalah sesuatu yang amat merugikan dalam hidup kita. Selagi kita tidak disedarkan oleh seseorang, kita tidak akan sedar sampai bila-bila. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua.

1. Kenali Kenalan Kita

Siapakah yang anda berkawan selama ini? Adakah kawan anda itu membawa anda kearah kebaikkan atau keburukkan? Bagaimana dengan prestasi kerja anda apabila anda berkawan dengan mereka? Bagaimana cara anda berfikir apabila berkawan dengan mereka? Bagaimana mereka mempengaruhi hidup anda? Kenalan kita biasanya menunjukkan siapa diri kita. Tak mungkin seorang ustaz akan berkawan dengan seorang penagih dadah. Jika anda berkawan dengan seorang penjual minyak wangi, anda akan turut terasa bau harumannya, jika anda berkawan dengan tukang besi, anda akan turut terasa bau asap besi tersebut. Pilihlah kawan yang dapat membahagiakan dan menyedarkan hidup anda.

2. Nak ilmu? Carilah Mentor/Guru

Antara orang yang pilih guru untuk dapatkan ilmu dan orang yang tidak pilih guru untuk dapatkan ilmu, yang mana lagi cepat berkesan. Mungkin anda dapat mengangak soalan saya ini. Jika anda nakkan ilmu, pilihlah guru supaya dapat membimbing anda ke jalan yang lebih tepat. Dapatkan ilmu dengan berguru, ilmu itu akan lebih diberkati. Jika anda seorang usahawan, pasti suatu hari nanti anda juga akan berasa “putus asa”. Mentorlah akan dapat menaikkan semangat anda kembali.

3. Catat Apa Yang Kita Mahu

Selalu berangan sebenarnya tidak baik untuk masa anda. Lebih tepat lagi masa anda akan membazir begitu teruk, kecuali apa yang anda angan-angankan itu anda catat dalam satu catatan peribadi anda. Sebagai contoh, anda berangan nak kumpulkan RM50,000 dalam masa satu tahun. Catatlah dalam sebuah buku dan rancangkan strategi-strategi anda bagaimana nak dapatkan sebanyak itu dalam masa satu tahun. Kenapa catatan itu penting? Ia sebenarnya sebagai satu peringatan untuk kita. Kita adalah manusia yang sering lupa. Jadi, catatlah sesuatu apa yang anda mahu.

4. Buku Yang Dibaca

Umur anda sudah mencecah 18 tahun ke atas tetapi masih lagi baca buku manga, komik, artis-artis dan sebagainya. Jika anda perhatikan, betapa ruginya anda jika masih berterusan dalam keadaan sebegini. Sekali sekala tidak mengapa, tetapi jika selalu ia akan merugikan anda sendiri. Tiada apa yang memberikan nilai dalam buku-buku tersebut kecuali hanya keseronokkan semata-mata. Jika umur anda dah mencecah 18 tahun keatas, cubalah berjinak-jinak dengan membaca buku-buku  motivasi hasil tulisan, Dato’ Dr Fadzilah Khamsah, Donal Trump, Steave Jobs dan tokoh-tokoh yang telah berjaya menjadi taraf jutawan.

5. Amalkan Ilmu 

Pepatah arab ada mengatakan, “Ilmu Tanpa Amal, Ibarat Pokok Tanpa Buah”. Apa gunanya anda simpan pokok jambu selama berpuluh-puluh tahun tetapi satu pun tak pernah keluarkan hasil. Begitulah juga dengan ilmu yang kita dapat tetapi tidak diamalkan. Saya juga selalu berpesan kepada pembeli ebook saya supaya take action setelah mempelajari ilmu yang saya sampaikan dalam ebook tersebut. Apabila anda mengamalkan ilmu yang ada, ia akan menambah lebih banyak lagi tanpa diduga. Dengan ilmu juga menentukan tinggi rendahnya darjat seseorang. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China.

1,260 total views, 2 views today