Nama diberi Ahmad Faiz bin Che Alias. Tetapi dalam dunia maya ini saya lebih mahu dikenali sebagai FaizAlias. Kenapa FaizAlias? Faiz adalah nama sebenar saya dan Alias adalah nama ayah saya sendiri. Banggalah dengan nama ayah anda.  Telah dilahirkan oleh ibu tercinta pada tanggal 11 Mac 1992 disebuah hospital.  Saya berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Latar Belakang Pendidikan

Saya bukanlah seorang genius. Di antara golongan bijak pandai, sayalah mungkin berada di bawah sekali, tetapi dalam golongan sederhana mungkin saya berada di atas sekali. Itulah saya. Keluarga saya bukanlah mendidik saya lebih kepada bidang perniagaan tetapi keluarga kami lebih mementingkan pendidikan lagi.

Saya sebenarnya tidak suka belajar perkara akedemik, tetapi saya lebih suka belajar apa yang saya minat seperti kemahiran yang boleh menghasilkan duit kepada saya. Sebab itu dalam apa jua kemahiran yang saya belajar saya lebih cepat ikut daripada saya belajar akedemik.

Mula memasuki alam persekolahan di sebuah tadika perpaduan batu hitam pada tahun 1997 iaitu sewaktu saya berumur 5 tahun. Alhamdulillah kerana pada masa tersebut saya antara murid terawal yang boleh membaca. Saya juga adalah pelajar terbaik selama 2 tahun di tadika tersebut iaitu semasa umur 5 tahun dan juga umur 6 tahun.

Semasa memasuki alam persekolahan rendah, saya telah bertukar sebanyak 3 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Suria (3), Sekolah kebangsaan Sri Suria (1) dan akhir sekali Sekolah Kebangsaan Tanah Merah (2). Di sekolah terakhir inilah begitu banyak memori yang indah saya tinggalkan.

Dengan keputusan UPSR yang agak baik ketika itu, saya telah ditawarkan untuk memasuki sebuah sekolah Kluster iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah yang terletak di Machang, Kelantan. Namun setelah setahun saya berada di sekolah itu saya telah berpindah ke sekolah menengah harian biasa iaitu Sekolah Kebangsaaan Dato’ Mahmud Paduka Raja (2) sehingga saya ke tingkatan 5.

Selepas tamat pengajian di sekolah menengah, saya pula ditawarkan ke sebuah matrikulasi di Changlun, Kedah dalam bidang sains Biologi. Di matrikulasi ini, pelbagai perkara yang telah saya pelajari dalam hidup sebenar saya dan pada masa inilah memory paling manis ketika dalam pengajian.

Selepas saja tamat pengajian di Matrikulasi, saya pula ditawarkan ke sebuah IPTA yang hanya terkenal di luar negara tetapi dalam negara sendiri kurang terkenal. Di UniMap, saya telah mengambil dalam bidang Kejuruteraan Bioproses. Tetapi pada masa ini, jiwa bisnes dalam diri saya semakin kuat menyebabkan saya tidak selesa dengan bidang tersebut. Disebabkan rasa tidak sesuai dan tidak dapat adaptasi dengan bidang itu, saya telah menukar program pengajian kepada bidang keusahawanan. Dalam proses penukaran tersebut, masalah lain pula timbul menyebabkan perjalanan saya tersekat-sekat. Banyak maslaah timbul.

Sekarang saya bukan lagi pelajar di mana-mana IPTA, tetapi kini saya dalam proses latihan sebagai seorang Pembantu Pegawai Perubatan di salah sebuah Kolej Pembantu Perubatan di Seremban. Program latihan ini adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Apa yang membanggakan saya sekarang, kini saya mempunyai dua cabang rezeki dimana bidangnya yang jauh berbeza iaitu seorang Usahawan atau Pembantu Pegawai Perubatan. Tetapi saya lebih memilih bidang keusahawan lagi kerana itulah potensi besar yang saya lihat sekarang.

Pengalaman Berniaga

Saya asal dalam keluarga berstatus bisnes di mana kedua-dua ibu bapa saya telah menjalankan perniagaan runcit secara kecil-kecilan semasa saya dilahirkan lagi. Tetapi keluarga kami bukanlah buat bisnes secara besar-besaran. Barang yang ada di kedai runcit tersebut sekadar untuk memenuhi keperluan penduduk kampung. Hasilnya pula cukuplah untuk kami sekeluarga makan seharian.

Seingat saya saya mula buat bisnes secara tidak sedar adalah semasa umur antara 13-15 tahun. Caranya saya beli balik barang yang telah dibeli oleh ibu saya dan saya jual balik.

Semasa di tingkatan 4 saya mula terlibat secara serius dalam bidang keusahawanan ini dengan memasuki kelab Persatuan Usahawan Muda. Waktu itu sebenarnya saya masih belum sedar yang saya meminati bisnes. Saya hanya masuk secara suka-suka. Kelab ini akan aktif apabila tiba musim hari sukan atau ada majlis-majlis tertentu. Kamilah yang ditanggungjawabkan untuk buka gerai jualan. Namun saya bukan juga aktif dalam jualan ketika ada majlis tetapi saya juga hadiri lain-lain program yang dianjurkan.

sijil konvensyen usahawan

Selepas tamat peperiksaaan SPM, saya mula buat berniaga air kelapa bersama dengan seorang kawan sekolah yang berdekatan dengan rumah saya. Selepas tamat SPM juga, saya pernah menjadi pelayan di sebuah warung yang terletak di Kuala Lumpur.

Semasa di Matrikulasi, saya langsung tiada pengalaman buat bisnes. Mungkin kerana pada masa itu saya tidak nampak peluang nak buat bisnes.

Kisah saya mula meminati dunia perniagaan internet bermula di sini. Bermulanya apabila saya tamat pengajian di Matrikulasi. Ceritanya apabila satu hari tu saya rasa kosong sangat dalam hidup sementara menunggu panggilan IPTA. Nak cari kerja kat luar saya memang rasa malas kerana jiwa saya sebenarnya mula memberontak tidak mahu bekerja ikut masa atau kerja bawah orang.

Permulaan saya mencari duit melalui internet pada masa itu agak bernasib baik kerana saya telah menjumpai satu laman website yang dikenali sebagai JobDirumah. Dalam masa seminggu saya telah mencapai USD120. Boleh baca kisah saya dengan klik sini.

Walaubagaimanapun ia tidak sesuai dengan saya kerana saya tidak begitu suka bekerja fully dalam bahasa inggeris. Jadi saya tinggal. Selepas itu saya mula buat bisnes baju. Pada masa tu perang di Gaza tengah hot. Saya ambil peluang ini untuk design satu baju gaza dan tidak sangka saya mendapat banyak tempahan ketika itu. Sebenarnya saya ada pasang egen. Disebabkan berasa terlalu sibuk dengan bisnes ini, saya tinggal sementara waktu untuk manage balik disamping tengah menyiapkan website cetak baju saya. InsyaAllah akan mula bali bisnes baju ini kerana saya tahu potensinya.

Selepas itu pula, saya jumpa satu website jual beli servis. Nama website tersebut adalah Murahnya.my. Dengan menggunakan segala kemahiran yang saya ada, akhirnya saya berjaya capai 4 angka sebulan dengan hasil titik peluh sendiri. Inilah semangat kekuatan saya untuk buat bisnes dengan lebih lagi.

481754_225257480938056_1026165883_n - Copy

Akhirnya, secara officialnya, saya telah membina satu website buat servis iaitu www.i-creative.my. Dalam website ini saya menyediakan pelbagai servis khas untuk usahawan. Website ini separuh siap. Walaubagaimanapun, sesiapa sahaja sudah boleh menempah servis yang mereka minat.

Sebenarnya punca rezeki saya pelbagai. Kini saya kembali aktif buat jualan di ebay setelah lama tinggal. Sebenarnya berpunca saya tidak sempat dengan nak handle pelajaran saya lagi. Sebelum mengakhiri pengenalan saya ini, di sini saya ingin berterima kasih kepada sepupu saya sendiri iaitu saudara HafiziZain kerana secara tidak langsung beliaulah yang membuka mata saya untuk terlibat dalam bisnes online. Sekian dulu untuk kali ini. Jumpa lagi. 🙂

Jika anda ingin mendapat nasihat niaga secara percuma, beliau mengalu-alukan anda untuk menghubungi beliau melalui blog peribadi di www.FaizAlias.com. Walaupun saya bukan otai, tapi saya rasa puas bila dapat bantu orang.

Ikhlas,

FaizAlias
www.FaizAlias.com
www.AzzahraCreative.com (dalam maintenence)
www.RahsiaMurahnya.my
www.Buatduitblog.com
www.i-creative.my (hampir siap)