Author: FaizAlias

Bagaimana Fenomena Aurora Terjadi dan Terbentuk?

Alhamdulillah. Indah sungguh ciptaan Allah kan? Setiap kejadian di muka bumi ini Allah ciptakan dengan begitu sempurna. Setiap ciptaannya mesti ada fungsi masing-masing walaupun sekecil-kecil bakteria still ada manfaat pada manusia. Korang pernah dengar Aurora? Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang belum pernah dengar. Aurora adalah satu kejadian di mana ia berlaku daripada ledakkan api kecil daripada matahari sehingga ia sampai ke bumi. Sebelum sampai ke bumi, percikan api daripada matahari ini telah menempuh pelbagai halangan sehingga apabila sampai di bumi ia bertemu cas negatif dan positif sehingga api ini terbentuk di kedua-dua kutub utara dan selatan dengan begitu cantik yang dinamakan sebagai Aurora. Jadi, anda boleh lihat kejadian Aurora ni hanya di negara yang berada pada Kutub Utara dan Kutub selatan sahaja. Kalau tak salah, kelajuan percikan api ini adalah 8 juta Kilometer per jam. Jadi, untuk sampai ke Bumi hanya mengambil masa 18 jam sahaja! Laju gilakan? Haha.. Itu secara ringkasan yang aku faham tentang aurora. Ya. Aurora ni adalah daripada sebahagian api matahari yang meledak dan sampai ke bumi. Ok. Aku nak cerita benda ni pun tak pandai macam mana ia berlaku. So, aku cari untuk korang video bagaimana Aurora ni terbentuk. Lihat video di bawah. Cantikkan fenomena Aurora ni. InsyaAllah. Jika ada rezeki lebih, aku akan kesini untuk lihat sendiri kejadian Aurora. 2,657 total views, 19 views...

Read More

Selamat Tinggal Tahun 2016. Hai 2017!

Beberapa saat lagi, kita akan tinggalkan tahun 2016 untuk selamanya. Terasa kejap sangat masa berlalu kan? Jika di undur 10 tahun yang lalu, umur aku masa ni baru 14 tahun. Masa yang penuh dengan keseronokkan. Tak fikir soal duit, soal keluarga dan sebagainya. Hanya tahu main-main dan belajar. Itu saja. Hidup tak selalu indah bukan? Ada masa kita seronok sangat. Ada masa tu kita rasa down sangat-sangat. Biasanya masa nilah kita banyak ingat pada Allah. Tapi kenapa kita perlu fikir soal seronok saja kan? Masa setiap hari tidak pernah berhenti. Ia berlalu dan berlalu bagai air sungai yang mengalir. Yang berlalu tetap berlalu tanpa ada undurnya. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Sekarang tahun akan berganti tahun. Jadi apa kita perlu buat? Hidup kita ni singkat sangat. Jika anda sudah berumur 18 tahun atau lebih detail lagi anda baru sudah lepas SPM, masa ni anda perlu lebih serius dalam soal masa depan. Masa depan ni banyak cara kawan-kawan. Tak semestinya yang berjaya cemerlang SPM akan cerah masa depannya. Dan tak semestinya yang gagal SPM itu akan gelap masa depannya. Kawan-kawan perlu ingat. Bukan SPM penentu rezeki kita. Allah yang memberikan kita rezeki. Faham? Pada tahun 2017 ni, cuba kita lakukan sesuatu yang memberikan manfaat kepada kita. Cuba cut off masa yang anda bazirkan sebelum ini. Jadikan tahun 2017 ini sesuatu yang lebih memberikan manfaat kepada kita semua. Ini...

Read More

Cara Batalkan Bill Statement U Mobile

Assalamualaikum… Arap anda semua sihat-sihat semuanya ya. Hehe Sedar tak sedar, kita dah habis pun beraya… Mana-mana bekas berisi kuih dan biskut raya atas meja tu, dah boleh simpan la kot. Pergi basuh-basuh cuci  untuk guna raya tahun depan pula. Ok lah… Hari ni aku nak share cara nak batalkan Bill Statement U Mobile di mana korang akan di cas bill ni sebanyak RM3-RM5. Oppsss… Tu tak termasuk GST k. Kalau termasuk GST, korang kiralah sendiri berapa. Bukanlah aku nak berkira sangat RM3-RM5 tu. Tapi apa guna nak buang duit dengan bill statement? Baik aku g sedekah atau wakafkan kat masjid-masjid yang baru nak buat. Boleh pahala berpanjangan. Dahlah kena cas tiap-tiap bulan. Tak gitu? Meh nak share sikit. Cara Pertama, korang perlu dail “1318” (jika korang dail guna nombor U Mobile) atau boleh dail (+6)018 388 1318 (ni jika korang dail guna nombor selain nombor U mobile. Ni kena cas la) Lepas tu, korang akan dengar operator robot memberikan korang pilihan. Sila pilih bahagian bill dan pertanyaan. Lepas tu korang akan di sambungkan kepada staff yang bertugas untuk mulakan perbualan. Jika staff tu beragama islam yang angkat bagi la salam dulu atau jika non-muslim angkat cakaplah selamat petang ke apa. Tu pun nak kena ajar ke? Lepas tu, korang terus masuk point dan beritahu nak batalkan statement bill U mobile sebab ada cas. Malas nak bayar. U mobile dah...

Read More

First Time Beraya Dengan Anak Buah

Alhamdulillah… Hari ni sudah 24 kali aku dapat beraya diatas muka bumi ni. Dengan ini juga umur aku pun sudah berumur 24 tahun.. Huhu… Cepatnya masa berlalu kan? Bagi aku, raya masa aku kecik-kecik dulu jauh bezanya dengan raya sekarang. Nak explain panjang-panjang pun aku tak tahu sangat kenapa. Tapi aku dapat rasakan bezanya raya dulu dengan raya sekarang. Raya dulu-dulu lagi best dan bermakna… Raya pertama tahun 2016 ni korang pergi mana? Aku tak pergi mana pun, cuma balik kampung rumah nenek aku dekat Machang, Kelantan. Aku pulak dari Tanah Merah. Beza jarak tu taklah jauh sangat. Lepas balik dari rumah nenak aku, terus balik rumah dan tido. Hahaha… Itulah hari raya pertama aku. Apa yang penting tahun ni, aku dapat beraya dengan anak buah aku untuk pertama kalinya. InsyaAllah. Hari raya kedua akan meriah sikit sebab ramai sanak saudara akan berkumpul di rumah ini. Ok. Itu je pengalaman raya bagi tahun 2016 ni… 😛 1,454 total views, 2 views...

Read More

Perjalanan Terakhir Sebagai Pelatih Penolong Pegawai Perubatan

Alhamdulillah… Tanggal 4/Jun/2016, maka berakhirlah aku sebagai seorang pelajar Penolong Pegawai Perubatan di kolej Seremban selama tiga tahun. Bagi aku, banyak pengalaman dan pembelajaran yang aku perolehi di sini selain daripada belajar hal-hal mengenai perubatan. Antaranya, aku juga belajar mengenai hal-hal persahabatan dan juga cara hidup di tempat orang. Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga-tenaga pengajar di sana, Sir Arman Shah, Sir Murdin Amit selaku penyelaras kumpulan 83, Puan Indra selaku mentee yang banyak membantu dalam menyiapkan HSR dan beberapa tenaga pengajar yang lain. Secara tidak langsung juga, terbinalah lima persahabatan yang sanggup susah senang bersama, makan bersama, bilik bersama dan pergi melancong bersama. Asalnya, sepanjang aku berada di sini, aku ingat nak buat diari dalam blog ini. Tetapi kengkagan masa yang sangat hebat dengan kesibukkan praktikal, aku tidak terupdate kisah-kisah aku sepanjang belajar di sini. Terima kasih juga kepada kawan-kawan kerana sanggup berkawan dengan aku. Hahha.. Walapun ramai yang kata aku ni macam katak bawah tempurung, tidak bergaul di dunia luar, ketahuilah bahawa aku sebenar sibuk nak uruskan website-website dan juga blog aku. Korang yang tak pernah ada blog dan website sendiri takkan faham bagaimana sibukkannya nak uruskan. InsyaAllah, jika tiada halangan, aku bakal dilantik sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan. Bukan doktor ya. Cuma pembantu doktor je. Kalau korang perasan, yang duk bahagian depan triage kat kecemasan, itulah PPP bukanya doktor. Nak cerita pasal PPP ni, nanti aku buka next topik....

Read More

Bina Minisite Cara Mudah

Archives

Kekuatan SEO

SEO Reports for faizalias.com