Beberapa saat lagi, kita akan tinggalkan tahun 2016 untuk selamanya.

Terasa kejap sangat masa berlalu kan? Jika di undur 10 tahun yang lalu, umur aku masa ni baru 14 tahun. Masa yang penuh dengan keseronokkan.

Tak fikir soal duit, soal keluarga dan sebagainya. Hanya tahu main-main dan belajar. Itu saja.

Hidup tak selalu indah bukan?

Ada masa kita seronok sangat.

Ada masa tu kita rasa down sangat-sangat. Biasanya masa nilah kita banyak ingat pada Allah.

Tapi kenapa kita perlu fikir soal seronok saja kan?

Masa setiap hari tidak pernah berhenti.

Ia berlalu dan berlalu bagai air sungai yang mengalir.

Yang berlalu tetap berlalu tanpa ada undurnya.

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Sekarang tahun akan berganti tahun.

Jadi apa kita perlu buat?

Hidup kita ni singkat sangat. Jika anda sudah berumur 18 tahun atau lebih detail lagi anda baru sudah lepas SPM, masa ni anda perlu lebih serius dalam soal masa depan.

Masa depan ni banyak cara kawan-kawan. Tak semestinya yang berjaya cemerlang SPM akan cerah masa depannya. Dan tak semestinya yang gagal SPM itu akan gelap masa depannya.

Kawan-kawan perlu ingat. Bukan SPM penentu rezeki kita. Allah yang memberikan kita rezeki.

Faham?

Pada tahun 2017 ni, cuba kita lakukan sesuatu yang memberikan manfaat kepada kita. Cuba cut off masa yang anda bazirkan sebelum ini. Jadikan tahun 2017 ini sesuatu yang lebih memberikan manfaat kepada kita semua. Ini pesan kepada diri saya sendiri.

InsyaAllah. Kita akan lebih berjaya.

Jumpa kita di tahun 2017. 🙂

788 total views, 5 views today