Baru minggu lepas aku ke Kota Baharu untuk jumpa bekas client nak buat web. Katanya nak belajar dengan aku nak manage web. Nak tak nak, aku terpaksa pergi juga kerana ada beberapa Job lagi dia nak suruh aku buat.

Ok.

Itu cerita minggu lepas.

Minggu ni pula, aku ke Kota Baharu, KB Mall untuk jumpa client nak buat web pula.

Dah ni memang kerja aku pun sempena baru habis belajar ni. Hoho.

Cari duit poket sikit la katakan.

Sebagai penganggur terhormat ni, kena la pandai berdikari sedikit.

Tak nak berharap kat mak ayah 100%.

Tak gitu?

Baiklah.

Berbalik pada cerita asal.

Client ni ajak aku jumpa nak buat website. Dia kata tak faham apa yang aku tulis di web aku tu tentang pakej-pakej website. Klik Sini

IMG_6553

Kadang-kadang ni orang kita malas nak baca sebenar apa kita dah tulis di web. Nak juga suruh kita terangkan balik. Kalau korang buat bisnes, korang mesti faham apa yang aku maksudkan.

Tapi takpe. Aku tak salahkan dia. Mungkin ada ayat aku dalam web tu dia tak faham. Jadi nak juga jumpa aku. So, jumpa je la.

Ok.

Buat korang tak tahu lagi, aku baru je buat servis jumpa ni. Sebelum ni aku deal dengan customer melalui telefon, email dan whatssap je.

Lagipun aku nak cuba buat cara ni nak tahu sejauh mana keberkesanan aku bila aku buat jumpa gini.

Ternayata, alhamdulillah, client terus bayar aku wang pendahuluan untuk memulakan web ni.

So, minyak aku ke KB hanya RM4 je. Tapi dia dah bayar ratus-ratus. Ok la tu.

Jika aku tak buat jumpa gini, sudah tentu dia tak yakin nak ambil servis aku.

Ok. Tu je la cerita aku hari ni. Tak nak cerita banyak-banyak.

Korang tak baca jugak.

Bye.

998 total views, 2 views today