Cuti pertengahan semester yang lalu, aku sepatutnya pulang ke rumah, tetapi big bos aku iaitu Fahmi telah mengajak aku dan beberapa orang lagi untuk pergi melancong ke Langkawi. Kataanya nak wat kenangan lah kononya… 😛

Ok lah. Aku pun fikir hanya inilah masa yang ada untuk bersama rakan baik sebelum tamatnya belajar. Plan punya plan, akhirnya tarikh telah ditetapkan iaitu pada 8 Mac 2016 dengan menaiki Kapal Terbang.

Untuk ke KLIA, kami telah menggunakan perkhidmatan bas kerana ianya jauh lebih murah.

Selfie dulu atas bas…

naik bas menuju ke klia

Hahaha…

Ouh ya…sebenarnya, inilah kali pertama aku menaiki kapal terbang. Rasa seronok tu adalah sikit sebab first time naik kapal terbang dan belum pernah merasai pengalaman naik kapal terbang walaupun banyak peluang untuk menaikinya.

Ok, untuk perjalanan ke Langkawi yang berlepas di KLIA, kami telah memilih penerbangan Rayani Air. Pada masa tu Rayani Air boleh dikatakan penerbangan paling murah iaitu sebanyak RM100 sahaja untuk perjalanan pergi dan balik.

lapagan terbang

Tanpa berfikir banyak, kami telah menempah tiket tersebut dengan RM100 untuk pergi balik kecuali seroang sahaja RM120 sebab lambat buat tempahan. Padan Muka!

Sebenarnya, perjalanan kami adalah pada 7 hb tetapi Rayani Air dimaklumkan ada masalah teknikal pada masa itu dan delay pada keesokkan harinya iaitu pada 8 hb.

Biasalah tu. Rayani Air baru nak up. Terpaksalah bersabar dan ubah sedikit plan ke Langkawi.

buat muka macho

Aku dan kengkawan tiba di KLIA lebih kurang ada pukul 1 P.M dan terpaksa menunggu untuk berlepas pada jam 7 P.M. Apa yang aku dan kawan aku buat sambil menunggu tu adalah Selfie, pergi makan dan jalan-jalan sekitar KLIA 2.

KLIA 2 ni sungguh besar bagi aku yang pertama kali jejak kaki ke sini. Sedih kan… 😛

Tiba Masa Untuk Berlepas

Lebih kurang pada 6.00 petang, kami telah menuju ke balai pelepasan untuk bersedia menaiki kapal terbang. Sebelum masuk ke balai pelepasan tersebut, kami telah menjalani beberapa pemeriksaan termasuk pakaian dan body scan.

Nilah pengalaman pertama aku…

Hahaha…Sedih kan…

IMG_5331

Sekurang-kurangnya, bila aku menaiki kapal terbang pada masa akan datang, aku sudah tahu bagaimana prosedure untuk menaiki kapal terbang.

Tepat pada pukul 7 petang, kami telah berlepas untuk ke Langkawi.

IMG_5335

Perjalanan ke Langkawi dari KLIA 2 hanya mengambil masa selama 45-50 minit sahaja. Mana taknya, aku dengar jurucakap kat atas kapal tu kata kelajuan lebih kurang 800 KM/jam.

Laju tak lajunya kapal terbang ni.

Jadi, tak mustahillah boleh sampai dalam masa beberapa puluh minit saja.

Tempat Melancong

Berikut adalah tempat-tempat yang kami sempat melancong selama dua hari.

naik boat ke geopark

Dalam boat menuju ke Geopark.

geopark 1

Tasik yang ada di belakang ni sungguh unik kerana ia dikelilingi oleh laut dan airnya rasa tawar seperti air di tasik. Asal usul tasik ni sebenar adalah sebuah gua tetapi beberapa ratus tahun dahulu, bumbung gua telah runtuh dan terbentuklah macam sekarang.

geopark 2

Masih di tempat yang sama. Cuba menaiki boat solar pulak.. 😀

IMG_5366

Bergambar dengan dua jejaka ensem tampan lagi kacak, Hadi dan Alip.

IMG_5372

Big bos naik berdua…

IMG_5373

Selepas itu, kami menuju pula ke 3D art galeri.

IMG_5392

Lukisan 3D dalam cengkerang Tiram.

IMG_5400

Lukisan 3D atas papan peluncur

IMG_5431

Lukisan 3D dalam botol

IMG_5435

Lukisan 3D dalam hutan.

Sebenarnya banyak lagi gambar yang kenangan yang ada. Nampaknya ini saja yang sempat di upload. Sori… 🙁

Kemudian, baki masa yang ada, kami telah pergi ke cabel car.

Bahagian ini yang paling aku seronok sebab bila naik cabel car ni macam korang terbang di tempat yang tinggi. Inilah pengalaman kedua aku naik Cabel Car Langkawi.

cabel car langkawi 1

cabel car langkawi 2

cabel car langkawi 3

Ok.

Cukuplah setakat ini perkongsian yang tak seberapa ni. Dah jadi panjang sangat pening pula nak baca.

Sebenarnya ada lagi beberapa gmbar menarik yang tidak sempat nak dikongsikan di sini.

Apa yang penting semasa melancong ke Langkawi ni adalah dapat melancong bersama dengan kawan-kawan. Feel dia tu lain sikit bila melancong dengan kawan.

2,119 total views, 4 views today