Tips Temuduga Kerjaya Jururawat | Assalamualaikum dan salam sejahtera bakal-bakal jururawat yang berjaya. Jika kita lihat pada hari ini, untuk menjawat jawatan kerja kerajaan sungguh susah kerana banyak persaingannya.

Pada artikel kali ini, saya nak berikan kepada anda tips-tisp mudah untuk temuduga sebagai dalam kerjaya kejururawatan.

Tips Temuduga Kerjaya Jururawat – Persediaan Temuduga

Walaupun saya bukan ada pengalaman dalam temuduga untuk kerjaya jururawat, tetapi saya dah ada pengalaman dalam kerjaya sebagai seorang pembantu perubatan dan juga adik saya telah melepasi temuduga kerjaya jururawat ini dengan jayanya. Kami semua telah berjaya melepasi sesi temuduga hanya sekali sahaja.

Panduan Kerjaya Jururawat >>> Klik Sini.

Nak tips temuduga kerjaya jururawat? Ini tipsnya.

  1. Pada malam hari sebelum temuduga, pastikan segala pakaian, alat tulis dan dokumen-dokumen penting siap pada malam tu juga sebelum anda tidur. Ini untuk memudahkan anda menjalani proses tidur dengan cukup sempurna untuk menempuh keesokkan harinya.
  2. Pastikan buang segala hajat anda terlebih dahulu supaya tidak terganggu proses semasa anda di kawasan temuduga. Jika ini terjadi pastinya anda mengahdapi sedikit kekalutan.
  3. Bersedia dengan soalan yang bakal di tanya. Di bawah nanti saya akan tunjukkan soalan-soalan yang lazim ditanya.
  4. Pakaian hendaklah sopan dan tertutup kemas. Jika yang tak pakai tudung sila ikat rambut anda dengan rapi. Jika lelaki, sila sikat rambut anda dengan kemas jika panjang. Seeloknya pendekkan rambut bagi lelaki.
  5. Beri salam hormat semasa masuk dalam bilik temuduga.
  6. Duduk di atas kerusi tanpa menarik kerusi. Duduk saja.
  7. Senyumkan sedikit muka anda supaya nampak mesra.
  8. Mata jangan melilau sana sini. Padang pada penemuduga.
  9. Berterima kasih kepada penemuduga setelah selesai ditemuduga.
  10. Bersalam dengan sesama jantina anda.

Tips Temuduga Kerjaya Jururawat – Soalan Lazim

Ini antara soalan-soalan yang biasa mereka tanya.

  1. Berkaitan dengan minat anda. Sila jawab dengan jelas.
  2. Kerja-kerja yang terlibat sebagai seorang jururawat.
  3. Peranan jururawat.
  4. Isu-isu semasa mengenai penyakit.

Ok, setakat itu sahaja yang mampu saya kongsikan untuk anda semua bagaimana nak hadapi temuduga kerjaya sebagai seorang jururawat.

Jika anda nak panduan yang lebih lengkap, boleh dapatkan di sini – Klik Sini

2,339 total views, 5 views today