Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak | Alhamdulillah kerana kita sebagai umat Islam bakal dan telah pun menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh dengan berkat ini. Maka, ramai lah juga peniaga-peniaga di luar sana yang cuba ambil kesempatan dengan mengadakan promosi restoran masing-masing sebagai tempat juadah berbuka puasa.

Saya di sini ada satu nak beritahu kepada anda bahawa akan ada satu buffet yang akan buat promosi sempena bula Ramdhan ini. Tentu anda nak tahu bukan? Sabar dulu…

Promosi yang saya maksudkan sebentar tadi adalah promosi Buffet Ramdhan Casa Ombak yang dianjurkan oleh Ombak Creative.

Sebelum itu saya ingin ceritakan dengan lebih lanjut lagi kepada anda latar Ombak Creative.

Buffet Ramadhan Casa Ombak – Ombak Creative

Latar Belakang Ombak Creative | Ombak Creative adalah sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd.

Syarikat ini telah menjalankan servis pengurusan event lebih dari sepuluh (10) tahun dah. Jadi mereka semua dah cukup berpengalaman dan professional dalam menjalankan servis ini.

Antara servis lain yang Team Ombak Creative tawarkan adalah menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis korperat dan persendirian. Jadi jika anda ada salah satu nak buat servis ini, boleh rujuk dan hubungi mereka.

Lokasi event Ombak Creative ini terletak di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang. Merupakan lokasi event yang berkonsepkan ala garden. Nak lebih jelas lagi kat mana mereka beroperasi, sila rujuk peta kat bawah ni.

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Baiklah. Kalau anda semua nak tahu, sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Ombak Creative ada menyediakan promosi Buffet Ramadan. Jadi inilah masanya untuk anda cuba masakkan yang ada di Ombak Creative ni. Ia terbuka untuk sesiapa saja yang ingin membuat tempahan.

Buffet Ramadhan Casa Ombak – Informasi

Berikut adalah informasi untuk promosi Buffet Ramadhan Casa ombak supaya mudah untuk anda buat tempahan nanti.

casa-ombak-buffet-ramadhan

Sempena Ramadhan pada kali ke 1435H ini, Ombak Creative akan menyediakan hidangan Buffet Ramadan di lokasi bisnes mereka, Casa Ombak. Sila rujuk gambar peta di atas untuk lebih jelas.

Apa yang saya tahu paling menarik di sini adalah, Casa Ombak akan menyediakan buffet stall terbuka untuk anda dan anda juga boleh memilih pelbagai juadah dengan ala garden sambil menikmati hidangan berbuka puasa dalam suasana santai. Boleh dikatakan jika anda masuk saja kat buffet mereka ni, terus meleleh air liur. Yang lapar tadi semua dah hilang.

Tentu anda nak tahu menu utama mereka bukan?

Menu utama sempena Buffet Ramadhan Casa Ombak ini terdiri daripada pelbagai hidangan kampung yang meriah. Jika sebut pasal hidangan kampung ni, sudah tentu ada ulam-ulaman seperti petai, pucuk pegaga, kacang botol dan lain-lain lagi. Walaupun buffet mereka ala-ala seperti di sebuah restoran hotel 5 bintang, masakkan dan hidangan kampung mereka tak pernah lupa. Menarik kan?

Harga? Pasal harga anda jangan risau. Dengan harga yang ditawarkan sebegitu murah, anda sepatutnya tidak mendapat layanan dan hidangan yang sedemikian rupa. Sepatutnya harga yang mereka tawarkan adalah jauh lebih mahal. Tetapi apa yang penting bagi mereka adalah, anda cukup berasa puas hati dengan hidangan juadah Buffet Ramadhan Casa Ombak.

Anda jangan risau. Harga Buffet Ramadhan di Casa Ombak amatlah berpatutan.

Buffet Ramadhan Casa Ombak – Harga

Di bawah ni sedikit senarai Harga Buffet Ramadhan supaya mudah untuk anda buat bajet nanti. Kalau tak cukup bajet nanti susah pula.

Harga Buffet Ramadhan;

Dewasa : RM 55.00/nett
Kanak-kanak : RM 27.00/nett ( 5-12 tahun )

Untuk senarai harga di atas ini, tempahan boleh dibuat untuk individu, group dan family atau syarikat.

Kepada anda yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak, boleh hubungi mereka dengan segera.

Tempahan Boleh Dibuat Melalui:

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com

Jika anda teringin nak bawa jalan anak-anak berbuka puasa dengan cara buffet ini, anda bolehlah cubanya pada tahun ini. Dengan cara ini anda boleh eratkan lagi hubungan anda dengan anak-anak dan juga mungkin dengan isteri anda.

Kepada yang baru kahwin pula. Saya sangat rekomenkan kepada anda untuk mencubanya dengan pasangan anda. Dengan susana yang santai, pasti anda dan pasangan anda lebih romantis walaupun di saat nak berbuka puasa. Ops ~ Hehe…

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

8 Responses to Buffet Ramadhan Casa Ombak

  1. FaizAlias says:

    Terbaik…tempat ni memang best sangat… :)
    FaizAlias recently posted…Teknik Buat Duit Sambil TidurMy Profile

  2. AUC says:

    salam ramadan dari saya sekeluarga…
    AUC recently posted…Buffet Ramadhan Casa OmbakMy Profile

  3. encikarman says:

    salam ramadhan bro. semuga berjaya dalam contest Buffet Ramadhan Casa Ombak.

  4. AkmaOmar says:

    Assalam terima kasih join ya..kemas aje entri blog ni…InsyaAllah mana tahu ada rezeki kan. Selamat berpuasa juga ya :)
    AkmaOmar recently posted…Panduan Untuk Peserta Contest Duit Raya Casa OmbakMy Profile

  5. Ustazah Ain says:

    Salam Ramadhan dan semoga berjaya dalam contest ini.bestkan jika dapat berbuka di sana
    Ustazah Ain recently posted…Buffet Ramadhan Casa OmbakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ada soalan? Tanya saya disini :)

Isikan nama, email dan pertanyaan dibawah. Saya akan balas melalui email anda. Terima Kasih :)

Questions, issues or concerns? I'd love to help you!

Click ENTER to chat