Perkongsian saya kali ini ringkas sahaja. Sebenarnya saya masih belum ada masa untuk update blog kerana sibuk dengan urusan dan perancangan bisnes cetak T-Shirt saya dan menyiapkan tempahan dari www.i-creative.my.

Untuk info semua, jika sebelum ni anda pernah apply GMBO iaitu geran RM1000 untuk usahawan Micro sebelum pendaftaran ditutup, anda jangan risau. Ini kerana mereka akan cuba berikan kepada semua yang apply GMBO ni untuk menghabiskan peruntukan yang masih berbaki. Semua akan dapat. Antara lambat atau cepat saja.

Dengan syarat anda ada:

#Pendaftaran perniagaan yang sah dengan SSM
#Nama domain berdaftar .my dan .com.my

Syarat yang lain saya rasa tak perlu nak sebut seperti warganegara dan sebagainya kerana ia adalah syarat yang wajib.

Ini bukti yang baru saya terima RM1000 dari SKMM.

GAMBO

Pendaftaran GMBO untuk masa ini telah di tutup. Jika anda nak dapatkan update info-info terkini tentang GMBO, boleh isi nama dan email anda di bawah untuk terima update dari blog ini.

1,353 total views, 6 views today