Sekarang tidak ada alasan lagi mengapa tidak boleh buat bisnes sendiri. Sebenarnya banyak tips cara nak mulakan bisnes sendiri walaupun tak ada modal jika anda tahu caranya.

Bayangkan diantara orang yang berilmu dan orang tidak ada ilmu. Orang yang tidak ada ilmu, walaupun diberikan modal RM50,000 mereka masih tetap tidak tahu nak buat bisnes. Berbeza pula dengan orang yang berilmu. Walaupun diberikan modal RM2000, mereka tetap boleh buat bisnes. Tak berikan modal langsung pun boleh juga buat bisnes.

Saya bukanlah nasihat niaga secara rasmi. Saya hanya tulis dan sampaikan idea apa yang saya tahu. Mungkin ada sesetegah idea yang saya berikan tersebut anda boleh ikutinya.

Selalu saya lihat rakan-rakan post di facebook bagaimana nak kumpul modal bisnes sebelum buat bisnes sendiri secara besar-besaran.

#Tips 1: Dropship

Sebelum anda bercadang nak mulakan bisnes sendiri secara besar-besaran tetapi tiada modal yang cukup, bermulalah dengan dropship. Dengan dropship anda tiada risiko untuk rugi. Jika anda tidak berjaya menjual, sikitpun anda tidak rugi apa-apa pun. Disamping itu juga, semasa anda buat bisnes model dropship, anda boleh belajar cara marketing secara sambilan. Ini yang penting sekali.

#Tips 2: Servis

Anda juga boleh kumpul modal melalui servis yang anda boleh buat. Servis ni tak kira online ataupun offline. Contohnya, saya buat servis bina website (www.i-creative.my). Dari situ saya kumpul modal sikit-sikit. Bisnes servis biasanya tidak memerlukan kos yang tinggi dan ada sesetengah tu anda tak perlu keluarkan kos pun. Boleh guna kemahiran yang ada.

Contoh servis offline pula, anda mungkin boleh mengambil upah menjadi sebagai pemotong rumput di kawasan sekitar rumah jiran anda. Gunakan apa saja peralatan yang anda di mana anda boleh jadikan ia duit untuk anda.

#Tips 3: Buat Bisnes Kecil-kecilan

Anda boleh bermula dengan bisnes secara kecil-kecilan terlebih dahulu sebelum buat bisnes yang besar. Sebagai contoh saya ada ceritakan satu kisah di mana seorang Makcik ni berniaga dengan hanya 2kg tepung pada asalnya. Selepas perniagaannya semakin maju, dia kembangkan lagi bisnesnya dengan membuka beberapa gerai. Baca sini.

#Tips 4: Konsep Beli dan Jual

Pernah saya terbaca dalam satu artikel. Cara nabi Muhammad S.A.W buat bisnes juga adalah dengan menggunakan konsep beli dan jual. Anda beli satu barang dan jual dengan harga yang tinggi. Sebagai contoh. Anda beli sebuah jam tangan dengan harga RM50. Anda mungkin boleh jual balik dengan harga RM70. Dari situ untung anda dah menjadi RM20. Kumpul untung sikit-sikit lepas tu anda beli secara pukal dari Negara China. Anda boleh dapat murah lagi sebenarnya dan jual dengan harga yang sama.

Walaubagaimanapun, keempat-empat tips di atas ni bergantung juga pada masa, semangat dan ketekunan seseorang untuk mengumpul modal bisnes tanpa meminjam. Bagi saya, saya lebih selesa buat bisnes secara dropship kerana semuanya diuruskan oleh pembekal. Apa yang perlu buat, hanya pandai buat promosi sahaja.

Sekian dahulu perkongsian daripada saya. Jika anda ada tips tambahan, boleh tinggalkan komen anda di bawah.

9,754 total views, 9 views today