Jutawan Si Jual Cekodok

Ada di sebuah kampung, terdapat seorang ibu tunggal yang bernama Rokiah. Dia mempunyai dua orang anak di mana berumur 7 tahun dan 9 tahun. Di kampung tersebut, merekalah yang paling miskin kerana kehilangan tempat bergantung setelah kematian suami Rokiah sejak 2 tahun lalu.

Pada suatu hari, dia mula berfikir. Dia tidak akan teruskan hidup dengan bergantung harap pada orang kampung dan bantuan daripada kebajikkan. Dari situ dia mula berfikir bagaimana nak cari duit dan menyara untuk kedua-dua orang anaknya. Beliau sebenarnya bernasib baik kerana orang kampung begitu perihatin terhadap dirinya.

Berbekalkan semangat yang ada, dia mula terfikir untuk menjual cekodok di kawasan kampungnya secara kecil-kecilan. Modalnya hanya bermula dengan 2 kg tepung gandum dan gunakan kuali terpakai untuk menggoreng.

Pada hari pertama dia menjual, bisnes cekodok beliau agak laku keras. Ini kerana tidak ada orang lain lagi yang menjual cekodok di kawasan kampungnya. Rokiah mula bersemangat untuk meneruskan keesokkan harinya.

Keesokkan harinya pula, dia menjual lagi cekodoknya dengan 2 kg tepung gandum . Kali ini jualan lebih laju berbanding hari pertama. Mulai saat itu, Rokiah seperti mati hidup kembali kerana dia sudah nampak apa yang berlaku pada hari-hari yang mendatang.

Seminggu menjual, Rokiah sudah memperolehi keuntungan lebih kurang RM500 secara bersih. Pada kali ini, dia bukan menjual cekodok sahaja, tetapi juga menambah beberapa kuih-muih yang lain untuk dijadikan pelbagai bisnesnya.

Oleh kerana bisnesnya maju, ia telah menarik perhatian Tok Ketua kampung. Rezeki Rokiah lebih murah apabila Tok Ketua kampung membantu Rokiah dengan menawarkan Rokiah untuk berniaga di Pasar Malam pula.

Setiap hari, perniagaan Rokiah semakin maju. Dari situ pula, Rokiah menambah beberapa gerai dengan memasang beberapa orang pekerja. Setiap hari, mesti ada saja jualan dari kedai beliau.

Hampir setahun sudah berlalu. Kini pendapatan Rokiah sudah mencecah RM5000 setiap bulan. Hanya bermula dengan 2kg tepung gandum kini beliau boleh hidup dengan senang. Lebih senang dari orang golongan yang makan gaji.

Anak-anak Rokiah pula semakin rajin menolongnya di gerai setiap hari. Mereka sekeluarga menjadi lebih erat  berbanding sebelumnya. Itulah kelebihan jika buat bisnes. Boleh bersama-sama dengan keluarga jika pandai membahagikan masa. Berniaga bukan hubungan dengan keluarga menjadi semakin renggang dan tiada masa untuk bersama tetapi mereka tidak pandai membahagikan masa.

Rezeki Rokiah semakin membiak. Dia terfikir pula untuk membuka kedai makanan sendiri di sebuah bandar. Untuk modal permulaan, memang tidak cukup untuk beliau buka kedai sendiri. Jadi beliau telah membuat pinjaman bank. Permohonan beliau mudah diluluskan oleh pihak bank setelah yakin dengan perniagaannya yang maju. Kini Rokiah ingin membesarkan bisnesnya dan sudah dianggap sebagai jutawan.

Walaupun cerita ini hanya rekaan saya semata-mata, tetapi banyak makna yang saya ingin sampaikan disini. Cerita ini mungkin jadi logik dan tidak logik. Tetapi saya yakin dah ramai mereka di luar sana mengalami situasi yang sama seperti yang saya ceritakan ini.

Apakah kesimpulan yang boleh simpulkan dari cerita saya ni?

#1. Berniagalah tanpa berhutang. Bermula dulu dari yang kecil.
#2. Hutang bukan permulaan bisnes tetapi membesarkan bisnes.
#3. Tiada alasan nak berniaga walaupun tiada modal. Seperti cerita Rokiah, hanya 2kg tepung gandum dan kuali terpakai.
#4. Bisnes mengeratkan hubungan sesama keluarga.

Jom berbisnes!

Iklan: Pakar buat website >>> www.i-creative.my

2 Responses to Jutawan Si Jual Cekodok

  1. Assalamualaikum, untuk buat bisnes ini kita mesti buang sifat putus asa. Tidak kisah jual apa pun yang penting jangan ada sifat negatif. Simpan dalam minda sifat positif sahaja
    Hafiszan Kamarudin recently posted…Produk Anti KanserMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ada soalan? Tanya saya disini :)

Isikan nama, email dan pertanyaan dibawah. Saya akan balas melalui email anda. Terima Kasih :)

Questions, issues or concerns? I'd love to help you!

Click ENTER to chat