Masa Untuk Bisnes Sebenar Dah Tiba

Seperti yang saya target untuk tahun ni iaitu tahun 2014, saya akan fokus kepada dua jenis bisnes sahaja iaitu bisnes t-shirt+ebay dan bisnes servis seperti yang tersenarai di www.i-creative.my. Dengan izin Allah saya akan fokus untuk dua bisnes ni saja sebelum pergi dengan lebih jauh lagi.

Saya menganggap diri saya masih lagi baru dalam dunia perniagaan dan pemasaran internet walaupun dan bermula sejak tahun 2012 lagi. Semakin banyak belajar, saya rasa diri ni makin banyak tak tahu walaupun pada hakikatnya ilmu semakin bertambah.

Alhamdulillah. Pagi tadi telah sampai barang untuk persediaan bisnes t-shirt ni. Semangat berkobar-kobar untuk mulakan balik bisnes ni semakin kuat semula setelah supplier pertama buat hal.

bisnes baju

Cara marketing, cara untuk deal dengan pelanggan, cara nak kira keuntungan supaya tidak rugi dan sebagainya saya telah belajar lebih awal lagi. Cuma tunggu supplier yang betul-betul terbaik baru boleh mula bisnes ni. Jika anda nak belajar cara bisnes baju ni, anda boleh dapatkan panduan Cetak Baju.

Kenapa saya pilih bisnes ni untuk bisnes sebenar saya?

[ul class="list list-tick_green"] [li]Boleh main dengan bisnes kerajaan[/li] [li] Boleh ambil keuntungan besar dengan menjadi tender[/li][li] Bisnes pakaian ibarat seperti air sungai yang mengalir. Sama seperti bisnes makanan.[/li][li] Peluang besar dengan target pelajar universiti sebagai terget utama dan badan kerajaan[/li][li] Dan banyak lagi sebenarnya[/li][/ul]

Kali ini saya tidak bermula dengan keseorangan lagi seperti mana saya mulakan pada awal dulu. Memang keuntungan saya tidak dibahagi jika buat keseorangan tetapi pada hakikatnya ia boleh memberi kesan yang negatif jika tidak pandai membahagikan masa

Apa-apa pun dulu dalam bisnes, nasihat saya anda mestilah tuntut ilmu terlebih dahulu. Mesti pandai buat kira-kira seperti kos, keuntungan dan sebagainya. Semua ni perlu dicatat dalam satu buku khas untuk bisnes. Bukan main hentam. Untung tak untung tak ambil tahu. Yang tahu ambil tempahan dan terima duit. Sedangkan kerugian yang ditanggung tidak diketahui.

4 Responses to Masa Untuk Bisnes Sebenar Dah Tiba

  1. Assalamualaikum, saya doakan Tuan berjaya dengan setiap perkara yang di lakukan. Usaha yang terbaik
    Hafiszan Kamarudin recently posted…Produk Anti KanserMy Profile

  2. Mohd Shubhi says:

    Insyaallah akan berjaya….aamiiiin!
    Mohd Shubhi recently posted…Artikel ini mungkin buat anda berubah jadi usahawanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ada soalan? Tanya saya disini :)

Isikan nama, email dan pertanyaan dibawah. Saya akan balas melalui email anda. Terima Kasih :)

Questions, issues or concerns? I'd love to help you!

Click ENTER to chat