Salam sejahtera semua. Saya harap pembaca setia blog FaizAlias.com sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat. Mudah-mudahan. Binses pula macam mana? Harap semuanya berjalan dengan lancar.

Mungkin ada yang rindu dengan perkongsian saya melalui blog ni. Hampir seminggu saya tidak menulis blog kerana sibuk merancang dengan persiapan bisnes saya yang sebenar iaitu servis percetakkan baju. Selain itu juga saya sibuk menyiapkan servis video whiteboard untuk pelanggan-pelanggan saya. Alhamdulillah.

Perkongsian saya pada kali ni adalah bagaimana cara nak mendapatkan pelawat berulang ke blog anda. Ini penting untuk mendapatkan pembaca blog setia dan membina hubungan dengan pembaca. Jika kita pandai bina hubungan dengan pembaca, seterusnya kita mudah untuk buat apa saja bisnes.

Adalah malang jika anda seorang blogger yang tidak membina hubungan dengan pembaca blog setia anda. Setiap hari ada 500 pelawat yang masuk blog anda tetapi semuanya terlepas begitu saja. Keesokkan harinya pula 500 pelawat yang lain pula yang melawat blog anda pun terlepas begitu saja. Pelawat yang saya maksudkan disini adalah pelawat yang datang dari google bukannya dari facebook.

Mengapa saya katakan begitu? Jika pelawat yang datang dari google, peratusan yang mungkin kembali ke blog anda mungkin 1%-10% sahaja. Itupun jika mereka bookmark blog anda. Jika tidak, ada yang lupa begitu saja. Jika anda seorang blogger, mungkin anda tahu betapa pentingnya pembaca blog setia dan trafik.

Baiklah. Tutorial ini saya hanya nak tunjukkan kepada mereka yang mempunyai blog platform wordpress dan menggunakan AWeber sahaja. Jika anda tidak ada kedua-dua syarat ni, anda boleh berhenti membaca atau boleh teruskan untuk ilmu.

Untuk tutorial ini, saya dah anggap anda membina senarai list baru khas untuk blog anda sahaja. Contoh form list untuk blog saya. Dengan form ni lah saya kutip nama dan email pembaca blog saya dengan cara sah dan halal.

form blog

Bagaimana pula untuk automasikan setiap artikel terbaru terus ke email mereka yang menjadi subscriber anda? Ikuti tutorial di bawah.

Langkah 1: Dari menu >>> Message >>> Blog Broadcast

broadcast

Langkah 2: Selepas itu, anda klik pada “New Blog Broadcast”

button broadcast

Langkah 3: Anda akan lihat gambarajah seperti di bawah

kotak html

Ikut langkah yang saya tunjukkan di bawah satu per satu.

a. Kotak RSS Feed URL masukkan http://namabloganda.com/?feed=rss

b. Pilih templates terlebih dahulu. Sebagai contoh saya gunakan templete “Bakery aqua/pink”

c. Secara automatik kotak subject dan HTML Message akan diisi secara automatik. Lepas tu anda edit sikit untuk hasil yang lebih menarik.

Untuk setting masa penghantaran dan sosial media pula, anda boleh ikut saja seperti di bawah.

sendtime

Langkah 4: Klik save dan ujicuba. Inilah hasilnya yang saya terima dalam email.

artikel terbaru

Setiap kali anda klik save dan publish, secara automatik subscriber anda akan mendapat email seperti ini untuk menunjukkan anda ada update artikel terbaru di blog anda. Secara tidak langsung, anda akan dapat pelawat yang berulang dan dapat juga membina hubungan dengan pembaca blog anda.

Bagaimana dengan tutorial kali ni? Harap dapat memberikan manfaat untuk anda semua. Membina hubungan dengan manusia ni bukan penting dalam blogger saja tetapi juga dalam bisnes.

Boleh share jika bermanfaat. Terima kasih.

p/s: Jika anda belum ada AWeber dan nak merasai penggunaan AWeber secara percuma, boleh isi borang di bawah.

“The Money Is In The List



AWeber proves it to thousands of businesses every day.

Learn how email marketing software
can get you more sales, too.

2,804 total views, 7 views today