Saya mulakan artikel kali ini dengan sebuah pantun. Khas untuk mereka yang minat dalam bidang bisnes sahaja.

Rebana dialun sirih diberi, Budi dibalas senyum bererti, Tuhan berjanji sejak azali, Berniaga itu pintu rezeki.

Penjaja jalanan, peniaga air tepi jalan, penjual burger tepi jalan dan seangkatan denganya, semuanya saya respect dengan cara mereka. Berdikari sendiri untuk mencari sesuap nasi. Siapa tahu peniaga jalanan ada simpanan puluhan ribu sehingga ratusan ribu dalam bank hasil daripada berbisnes. Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu.

Baiklah. Nak buat bisnes wajib ke perlukan kabel? Sebenarnya tidak. Tajuk saya di atas tu sebagai gimik untuk menarik perhatian saja.

Ramai yang salah anggap. Nak berniaga mesti perlukan kabel iaitu orang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan supaya mereka menjadi pembekal kepada kerajaan. Bagi mereka, mereka mesti menjadi kawan kepada penjawat jawatan awam yang tinggi dalam kerajaan baru cepat kaya.

Nak menangkap ikan yang banyak dan besar kita tidak semestinya memerlukan peralatan yang canggih dan lautan yang luas sehingga kita lupa lubuk-lubuk kecil, alur sungai di mana tempat permainan ikan. Begitulah juga dalam bisnes. Kita tak perlu kabel pun, tetapi kita tahu lubuk di mana nak dapatkan hasil. Sedangkan lautan yang luas dan dalam itu lebih banyak risiko berbanding alur-alur sungai.

Tapi, kita perlukan “orang atasan” dan “orang dalaman” jika nak buat bisnes. Jika kita tidak ada semua ni, saya yakin bisnes anda tentu tidak akan berjalan dengan sempurna. Dengan kejam sekali saya katakan, anda tidak akan berjaya dalam bisnes tanpa adanya “orang atasan” dan “orang dalaman” dalam bisnes.

Siapa yang saya maksudkan disini “orang atasan” dan “orang dalaman” dalam bisnes? Itulah Allah (orang atasan) dan jiwa kita (orang dalaman).

Dalam mencapai bisnes yang berjaya, dekatkanlah diri dengan Allah. Selalu bangun tahhajud, dhuha dan jangan lupa baca ayat-ayat Allah setiap hari. Selain itu juga, ketahui jiwa kita sesuai dengan bisnes yang mana.

Bagaimana dengan saya pula? Asyik nasihatkan orang saja atau main tulis saja? Saya? Alhamdulillah…Hanya rahsia saya dengan Allah.

Semalam saya dikejutkan dengan komisyen bernilai USD147 dengan harga produk USD297 dari salah satu blog saya.

AFFILIATE

komisyen

Nak belajar buat duit dengan blog, klik sini >>> www.buatduitblog.com

 

1,040 total views, 3 views today