Puan B (bukan nama sebenar), teringin nak buat bisnes. Pada suatu hari, beliau google di internet mencari idea untuk buat bisnes. Sehinggalah jumpa blog FaizAlias.com. Di sini beliau banyak banyak artikel yang “karut-marut” sehingga beliau dapat idea nak buat bisnes sendiri. Alhamdulillah. Beliau berjaya.

Pernah telinga saya dengar orang berbisik, “Faiz tu pandai bagi idea je. Buatnya tidak”.

Baiklah. Mengenai isu ini, mari kita lihat situasi ini sebentar. Saya nak tanya di sini, adakah semua jurulatih bola tu pandai bermain bola? Tidak. Mereka tak pandai main pun. Tapi mereka ajar kepada pemainnya adalah strategi. Strategi itu penting. Sebijak mana pemain bola tetapi tidak ada strategi, tiada gunanya.

Situasi lain. Pernah terlintas tak di fikiran anda kenapa juri-juri Maharaja Lawak Mega adalah dari golongan bukan pelawak. Senang-senang saja mereka kritik pelawak dan beri komen. Mereka pandai main komen saja. Lepas tu bagi “sabun daiya”. Nak jadi juri, tidak semestinya lawak. Tetapi mereka menilai dari perasaan mereka sendiri samaada persembahan itu menarik hati mereka atau tidak. Dari situlah mereka beri komen.

Harap anda semua faham apa yang saya cuba sampaikan di atas.

Memang benar ada beberapa idea bisnes yang saya rekomenkan itu saya tidak pernah buat. Kalau buat pun separuh berjaya saja. Lepas tu saya tinggal sebab kekangan masa. Kalaulah saya tak pernah beri idea bisnes, tak mungkin Puan B boleh berjaya padahal saya tak buat pun bisnes tu.

Oh! Artikel ni dah lari tajuk. Jom kita lihat idea bisnes sepanjang zaman ni. Klik tab di bawah untuk baca.

[Htab]

Buat Duit Dengan Menulis: Pada zaman ini, buat duit sangat mudah. Macam-macam boleh buat duit kalau anda pandai ambil peluangnya. Contoh adalah buat duit dengan menulis. Ya! Anda dah jadi penulis boleh buat duit. Anda boleh menjadi penulis novel, akhbar, cerpen dan sebagainya. Saya tahu bukan semua orang pandai nak buat semua tu kan? Menulis boleh la. Di sini saya rekomenkan kepada anda panduan buat duit dengan menulis. Klik Sini.

Buat Duit Dengan Ebook: Siapa kata nak buat ebook hanya orang yang dah berjaya saja. Cuba anda jangan fikir dalam skop yang kecil. Luaskan fikiran anda sikit. Ramai yang beranggapan bahawa hanya orang yang dah berjaya jana duit boleh buat ebook. Tidak! Anda boleh buat ebook dalam bermacam-macam niche. Contohnya ebook kesihatan, pelajaran, percintaan, keagamaan dan sebagainya. Jika anda benar-benar tringin nak jana pendapatan pasif dengan ebook, saya rekomenkan satu panduan lengkap untuk anda. Klik sini.

Bisnes Cup Cake Dari Rumah: Bisnes ini saya rekomenkan untuk mereka yang surirumah atau pelajar universiti yang ingin mencari pendapatan lebih. Anda sebagai surirumah atau pelajar, saya galakkan anda buat bisnes ni kerana ia lebih santai dan mudah. Jangan risau pasal promosi. Anda boleh buat cup cake dan tinggal di kedai-kedai berhampiran. Lepas tu buat deal ngan tuan kedai berapa keuntungan kena bagi. Oh! Lagi bagus kalau anda tinggal cup cake anda di pasar raya. Panduan untuk bisnes cupcake, saya rekomenkan satu panduan sepanjang zaman ni. Klik Sini.

Bisnes Affiliate: Ramai yang tak tahu lagi apa itu affiliate. Senang cerita, anda promote produk orang lain dan apabila jualan berlaku, anda dapat komisyen. Sistem affiliate ni tak haram. Harap semua faham. Binses ni memang peluang besar jika anda tahu teknik dan caranya. Untuk panduan ini pula, saya rekomenkan produk dari cikgu hafis. Klik Sini.

Bisnes Kemahiran/Servis: Bisnes kemahiran? Ya! Anda manfaatkanlah apa-apa kemahiran anda untuk hasilkan duit. Contohnya. Saya berkemahiran buat website ready made. Maksudnya, saya gunakan templete website yang dah siap ada lepas tu saya ubah sedikit koding-koding untuk hasilkan lebih menarik lagi. Jika anda pandai design cover timeline, anda boleh gunakan kemahiran tersebut untuk jana pendapatan.

[/Htab]

Jadi, macam mana dengan idea yang saya kongsikan? Jika masih belum dapat tu, ambil masa sekejap untuk fikirkan. Tapi untuk buat bisnes dalam jangka masa yang lama, saya rekomenkan anda buat bisnes berdasarkan minat anda. Itu yang lebih utama.

Ouh ya! Sebelum saya akhiri, di sini saya nak beritahu. Kesemua lima idea bisnes tu, hanya satu saja saya tidak buat iaitu idea yang ketiga.

Sekian.

1,138 total views, 4 views today