Pernah saya terbaca dalam satu artikel seorang penulis blog, bahawa seorang penulis mampu menjadi seorang usahawan/peniaga, namun seorang peniaga/usahawan belum tentu dapat menjadi seorang penulis.

Bila saya amati kata-kata beliau, ada juga benarnya. Setuju atau tidak setuju, begitulah majoritinya dalam dunia yang sebenar.

Ramai yang ingin menjadi penulis tetapi hanya sebahagian sahaja yang berjaya. Kenapa hal ini boleh berlaku? Ini kerana mereka beranggapan kemahiran mereka dalam menulis terutama dalam kemahiran berbahasa tidak begitu memuaskan.

Untuk pengetahuan anda, jika anda nak menjadi seorang penulis, kemahiran tatabahasa tidaklah begitu penting. Anda tidak akan dapat kuasai sepenuhnya seumur hidup anda. Untuk menulis, cukuplah sekadar ayat anda tidak berbelit dan difahami oleh orang ramai. Ini pendapat saya.

Jika dilihat bahasa inggeris. Berapa puluh tatabahasa yang perlu anda ketahui. Bahasa arab pula, berapa nahu anda perlu tahu. Begitulah juga dengan Bahasa Malaysia. Jika anda nak tunggu kuasai kesemua tatabahasa, sampai bila-bila pun anda tidak akan menjadi seorang penulis. Tatabahasa bukanlah satu syarat yang wajib.

Kenapa? Jika anda terlalu fokus samaada betul atau salah ayat, sampai bila pun anda hasilkan sesuatu artikel tidak akan pernah siap. Sebab itulah ada orang ingin menulis ebook tidak pernah siap-siap.

Semasa saya menulis blog ini pun saya tidak pasti berapa tatabahasa yang salah saya gunakan. Kalau disuruh semak oleh pakar bahasa, memang banyak kesalahan tatabahasa yang telah saya lakukan. Jika saya asyik fikir kesalahan ayat, blog ini mungkin tidak akan wujud.

Tapi, adakah anda faham apa yang saya ingin sampaikan? Adakah ilmu yang cuba saya sampaikan anda boleh terima? Sebenarnya itu sudah cukup memadai.

Jika anda ada kemahiran tatabahasa, itu adalah satu kelebihan.

Kesimpulanya. Jika anda ingin menghasilkan menulis sesuatu artikel atau menulis ebook sendiri, jangan terlalu fikirkan tentang penulisan. Apa yang penting adalah ilmu yang anda ingin sampaikan.

p/s: Practice makes perfect. Oleh itu mulalah menulis sebagai latihan anda. Boleh mula menulis blog. Lama kelamaan, ayat anda menjadi semakin hebat dan dikagumi!

999 total views, 4 views today