Salam sejahtera semua.

Sejak Murahnya.my dilanda mushibah, saya jarang dah kongsikan ilmu pasal buat duit di Murahnya.my. Saya harap Murahnya.my dapat kembali seperti biasa semula. Platform ini juga salah satu punca rezeki saya dan mereka yang ingin merasai duit pertama di internet.

Walaubagaimanapun, saya dah sedia lama ada penggantinya iaitu Fiverr.com. Platform Fiverr.com ni sama saja konsep dengan Murahnya.my. Kepada yang dah biasa dengan paltform ini mereka tahulah macam mana.

Jika selama ini saya asyik ceritakan servis hot di Murahnya.my, pada kali ini pula saya nak ceritakan servis hot di Fiverr.com pula.

Apa servis hot di fiverr.com? Servis yang agak hot dan bertahan di Fiverr.com adalah servis yang berkaitan dengan Facebook atau fanpage.

Lihat mamat ni buat pemasangan tab di fanpage >>> Klik sini

Pada masa saya tulis artikel ni, servis mamat ni masih lagi dalam 5 queqe in orders. Ini bermakna ada 5 lagi servis yang beliau belum siapkan.

Cuba kita buat sedikit kiraan. Setiap servis adalah USD5 dan anda hanya ambil USD4 sahaja. Manakala USD1 lagi pihak Fiverr yang ambil. Jika anda darab dengan USD4x5 servis sudah menjadi USD20. Tukaran matawang sekarang adalah USD1 bersamaan dengan RM3.1. Cuba anda darab dengan USD20x3.1. Jumlahnya adalah lebih kurang RM62. Siapa nak bagi anda free RM62 kan?

Tu belum lagi dikira jumlah dalam masa sebulan. Sebenarnya, boleh la tampung buat bayar letrik dan bill broadband anda.

Di sini saya nak berikan anda satu tutorial percuma di mana anda boleh buat seperti mereka juga. Tutorial ini adalah pemasangan Tab di fanpage. Anda boleh buat servis di Fiverr.com dengan servis fanpage ni.

Klik sini >>> http://www.faizalias.com/tutorialpercuma/video/

Semoga ilmu ni bermanfaat dan selamat menjana duit USD pada tahun 2014 ni! 🙂

1,316 total views, 3 views today